![]() |
|

Memang dah lama gila tak update blog khusus pasal drama – drama melayu yang ada di kaca TV. Al maklumlah, life student kolej mane sempat tengok TV dan TV pun takda.
Jadi tak tahulah perkembangan semasa atau hiburan. Tetapi baru – baru ni, aku sempatlah juga tengok TV ketika sedang makan kat kantin tu. Ada drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3.
Drama tersebut adalah “8 Bulan” yang mana di taja penuh oleh sebuah syarikat besar iaitu HSBC yang mana dari segi cerita lebih kepada pengurusan kewangan dan juga masalah rumah tangga pasangan suami-isteri.
Promo di Twitter |
Share Di Facebook

Wah, rasa dah lama tak update blog…Rasa gian lah pulak. Hari ni pun ada kesempatan untuk buka blog so nak update la sikit apa mana yang patut dilakukan sebagai blogger.
Sebenarnya tertarik pasal gambar percutian pengacara Fuuh, Awal Shaari dengan pasangan kekasihnya iaitu Scha Alyahya yang kononnya bercuti di Bali.
Baguslah bagi mereka kerana mereka sudah mengaku yang mereka sebenarnya couple, tetapi yang tak enaknya cara diorang bercuti.
Kalau dilihatkan macam sedang honeymoon, sedangkan mereka masih belum berkahwin. Tengok diorang ambil gambar pun rapat – rapat dan berpegangan tangan.
Promo di Twitter |
Share Di Facebook
Stress gila nak guna perkhidmatan PTPTN online ni. Macam mana nak isi borang macam ni. Macam mana nak dapat pinjaman kalau sentiasa tak boleh masuk jer.
Rasa macam susah gila nak belajar. Lagi – lagi diperingkat Ijazah ni. Hari ini merupakan hari terakhir untuk apply PTPTN.
Dan aku pun sudah terlepas. Nasib baik masih ada lagi untuk kelompok ke 3. Tetapi sampai sekarang aku masih belum lagi berjaya untuk daftarkan.
Aku pun dah tension gila. Dahlah kemudahan internet di Kolej terhad. Jadi nak buat kerja pun susah. Ada kelas lagi. Jadi terpaksa la aku korbankan masa lebih sikit.
Hari ni pun baru ada masa nak update blog setelah sekian lama menyepi dalam bidang blog. Dua minggu kebelakangan ini, sibuk dengan program Minggu Haluan Siswa.
Memang penat gila, minggu ni pula sibuk dengan kuliah. Masing tengah pening nak cari kelas sampaikan ada yang sesat berjam – jam nak cari kelas.
Aduh….susahnya nak belajar ni.
Biasalah semester satu. Lepas ni dah biasa mesti dah ok.
Orait, nak sambung isi PTPTN. Bubye semua.
p/s: dah lama gila tak tengok TV…
Promo di Twitter |
Share Di Facebook

Ini mungkin entri terakhir untuk bulan ini. Selama 7 bulan menjadi blogger sepenuh masa, banyak memberi pengajaran dan pengalaman dalam menjadi seorang blogger fulltime di rumah.
Memang kerja menulis sesebuah entri tidaklah begitu mudah seperti yang disangkakan, lebih – lebih lagi bila kita ingin mencari kelainan dalam berblog iaitu menjana wang sampingan.
Memang tidak dapat lari lagi, perasaan untuk mencari wang di internet begitu mendalam sehinggakan para blogger perlu update atau keluarkan entri setiap hari agak pihak iklan tidak lari.
Mestilah mereka nak blogger yang sentiasa mengeluarkan entri setiap hari dan mempunyai jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan mereka tidak menbazir masa untuk beriklan di sana.
Bercakap pasal iklan, bulan ini merupakan bulan bertuah kepada aku. Jumlah earning Innity memang diluar jangkaan aku. Bolah dikatakan earning bulan ini boleh beli hp touch screen sebiji lah.
Promo di Twitter |
Share Di Facebook

Advertlets siapa yang tak kenal syarikat ni. Ramai blogger yang join syarikat ini kerana tertarik dengan kelebihan yang ada pada Advertlets.
Dan pasti semua sudah tahu, yang Advertlets ni sebenarnya liat atau ligat dalam membayar wang blogger di Malaysia. Sampaikan ramai yang sudah menurunkan iklan Advertlets di blog mereka.
Ramai yang serik untuk “merujuk” kembali kerana Advertlets tidak pernah berubah, seperti yang aku kena sekarang. Pada awalnya aku yakin Advertlets akan berubah setelah mereka membayar payment aku.
Tetapi keyakinan aku hancur berkecai kerana Advertlets masih lagi berperangai macam dulu. Memang sedih bagaikan terasa di tipu. Tetapi aku masih lagi mengantung iklan mereka kerana aku yakin mereka MESTI bayar kepada aku.
Aku terfikir juga, apakah nasib blogger lain yang menggunakan Advertlets ni? Tidak kah pihak advertlets kasihan kepada blogger yang rata – ratanya bukan bekerja? Kebanyakan masih belajar di bangku sekolah dan IPT.
Promo di Twitter |
Share Di Facebook