![]() |
|

Adnan Sempit merupakan sebuah filem arahan Ahmad Idham terbitan daripada Metrowealth. Ramai yang telah menyaksikan filem ini dan memberi pendapat serta pandangan masing – masing tentang filem ini.
Lain pula dengan pandangan aku tentang filem ini. Haduh, kecewalah dengan filem melayu kita. Bosanlah cerita ni, apa yang lawaknya.Kata komedi, dekat mana entah aku nak gelak. Paling kelakar pun part last sekali. Entah lah
Yup, aku tengok hanya di Youtube sahaja, nasib baik tak beli DVD filem ni. Kalau tak terbang duit aku. Mungkin anda kata, macam mana nak hasilkan filem yang baik kalau rakyat Malaysia sendiri tak menghargai filem tempatan mereka.
Yer lah, anda download free macam tu jer, pastu boleh tengok live streaming kat Youtube, macam mana depa nak dapat untung. Jadi secara tidak langsung, depa pun buat filem berdasarkan bajet yang depa ada.

Seperti yang anda semua sedia maklum, Nokia Malaysia telah pun mengeluarkan modal telefon terbaru iaitu Nokia X6 di mana ianya didatangi dengan Muzik. Betul tu, semua orang sukakan muzik, ada yang gilakan muzik dan banyak lagi.
Mesti sudah anda ketahui, Nokia X6, merupakan beta testing base dari modal Nokia 5800XM. Katanya di forum Lowyat. Tetapi sejauh mana kebenarnya, kita semua tak tahu.
Walaupun aku tak memiliki Nokia 5800XM, tetapi aku telah pun mencuba dan mengunakannya. Pada pendapat aku, Nokia 5800XM memang terbaik dari segi kualiti bunyi dan tidak dari segi gambar.
Yup, tengok tajuk pun tahu, saja nak kasi tahu jer,kononnya bangga bila blog ni telah di link oleh pihak astro untuk review Akademi Fantasia Musim Ke 8.
Tak sangkalah pula, blog macam ni pun diorang nak link kan juga. Bertambahlah jumlah trafik kat blog ni. Syukur alhamdulilah.
Tak caya ke??tengok gambar kat bawah ni yer.

Erm, Hotlink Youth Club kini mengenakan cas/rates baru untuk pengguna bawah 25 tahun. Rate baru tersebut akan mula berkuat kuasa pada 19 March 2010 iaitu pada hari Jumaat ni.
Haiya, kenapa nak naikkan pulak??Ke nak tampung kos pengoperasian yang sentiasa meningkat naik??Aku rasa macam tu kot.
Yup, kenaikan hanya pada kadar SMS sahaja, iaitu dari 5sen kepada 6sen untuk Maxis/Hotlink – Maxis/Hotlink (sama rangkaian). Yang lain masih sama.
Mungkin nak sama rate dengan rangkaian lain seperti UOX dan DCampus. Cuba lihat rate rangkaian lain.
klik untuk tumbesaran.


Semalam dapat kad merah daripada pak cik aku, katanya posman tak dapat hantar barang yang di hantar oleh seseorang kepada aku kerana posman memerlukan tandatangan aku. Jadi posman pun tinggallah kad merah untuk aku ambik di pejabat pos.
Jadi hari ni aku pun pergilah ambik dengan kakak aku di pejabat pos. Aku ingatkan ada surat penting, tapi rupa – rupanya kad Tune-In Visa Card, barang yang di kirim oleh pihak Tune Money.com
Ingatkan apa tadi, jadi aku pun dah dapatlah kad Tune Money ni, bolehlah aku verifykan akaun Paypal aku, dan nanti dapatkan aku cashout duit daripada Bidvertiser pula.
hotal nania