Erm, ini mungkin berita buruk kepada pengunjung blog ini dan mungkin juga berita buruk untuk aku.Yup, seperti tajuk diatas, pihak Exabtyes tengah menjalankan proses untuk pindah data center ke data center baru.
Tidak dinafikan ia bagus untuk jangka masa hadapan, tapi yang aku tak berapa suka, dalam proses pemindahan itu,laman website ini dan laman website yang seangkatan akan down untuk seketika waktu.
Antara laman website aku yang tak dapat dilayari mulai 9 Malam adalah seperti blog ini, Ezytopup, Agen Topup Ezytopup, Ezy Images Host, Ezytopup Member Get Member,Master Agen & Dealer Topup dan banyak lagi.
H =( tak bestlah macam ni, traffic blog boleh hilanglah,dan boleh menjatuhkan “saham” laman website ini..hahha…gurau jer.
number of view: 153
Satu lagi drama hebat sempena Maulidur Rasul hari ini. Drama Bagaikan Sumayyah lakonan hebat Fasha Sandha.Lakonan sebagai Shamsiah yang telah dirogol oleh majikan dia.
Mulanya Shamsiah ni dipanggil oleh Tuan Razak ke biliknya. Pastu masa tulah Shamsiah dirogol oleh Tuan Razak. Tuan Razak sogok Shamsiah dengan wang ringgit tapi dia tak nak.
Si pemandu Tuan Razak pulak bersekongkol dalam rancangan ini.Tuan Razak suruh pemandu kereta tu menghalang Shamsiah keluar.
Pastu, bila Shamsiah cerita kepada kepada ibu bapanya, bapanya pulak tak percaya Tuan Razak sanggup merogol shamsiah sebab Tuan Razak tu banyak menolong keluarga shamsiah tu.
number of view: 653Terkedus hati aku bila tengok pemergian adik Syafiah di TV3 jam 8 malam tadi.Manusia apakah si penagih dadah tu…takda perasaan hati perut ke kamu??
Dahlah kamu tu sampah masyarakat, maknya pula boleh bersekedudukan dengan penagih tak berperikemanusiaan tu.Di sahkan mengandung 4 bulan katanya di Bulletin Utama tadi.
Apa nak jadi ini?Mana nur dalam keluarga???Kekurangan ilmu agamakah kamu semua??sepatutnya rumah ku adalah syurga ku, bukan rumah bapaku , rumah nerakaku.
Macam sial jer, aku dengar berita. Sanggup bertindak kejam keatas kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun. Diorang tak tahu apa – apa pun. Tolonglah semua…
number of view: 668
Huhu
entah apa-apa tajuk untuk entri hari ni. Tapi begitulah ia berbunyi.haha.
Takdalah, saja aku nak share pendapat peribadi aku pasal drama di Malaysia yang kini hangat dan panas dikaca TV masa kini.
Siapa di sini setuju kalau aku katakan OST sesebuah drama or cerita mempengaruhi rating drama cerita tersebut???Korek hidung cepat.haha
Bagi aku, aku setuju dengan pandangan peribadi aku ni, sebab kalu dilihat dari drama – drama yang mendapat hits tinggi di blog ini seperti (more…)
number of view: 345
Ok, hari ni aku nak cerita sikit bagai mana nak dapatkan duit lebih dengan Buffered Earnings. Seperti yang anda tahu, Nuffnang ada menyediakan perkhidmatan Buffered Earnings kepada blogger mereka.
Buffered Earnings ini boleh dikatakan pihak pengiklanan akan membeli beberapa set unique visitor dengan Nuffnang untuk iklan mereka muncul di website – website blog yang lain.
Sebab itulah, traffic begitu penting untuk menjana duit sampingan di internet. Tiada traffic, tiadalah visitor nak click iklan dalam blog anda. Bila tak ada orang click, maka tak dapatlah duit.
Tapi ramai orang kebanyakan click iklan mereka sendiri, so berhati-hatilah korang, cara itu adalah tidak digalakan dan 100% untuk duit anda kena “ban” adalah tinggi.
number of view: 189
Erm, sudah lama juga tak tulis entry baru, aku tak ada idea langsung nak tulis apa.Maybe sebab asyik tengok TV kot. Yelah musim perayaan tahun baru cina kan banyak sangat cerita best kat TV, terutama TV2.
Erm,kali ni aku nak tulis entry pasal Maulidur Rasul atau lebih dikenali sebagai Maulud Nabi. Yup seperti kita ketahui, Mauliudir Rasul jatuh pada hari Jumaat ini iaitu pada 26 Feb 2010. Jadi mari kita sama-sama menghangatkan lagi sambutan ini di Masjid terdekat anda.
Baru – baru ni, Mak Cik aku mengadakan sambutan Maulidur Rasul di rumahnya. Ramailah saudara-saudara dan sepupu-sepupu aku datang. Ada yang sudah lama aku tak jumpa dan ada juga yang aku tak kenal pun.
Dari situ, aku merasakan Majlis Maulidur Rasul ini bagus untuk kita mengeratkan persaudaraan dan disamping mengingati hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W.
number of view: 151
Mengantuk ditempat kerja atau ketika belajar sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan sehari kita.Kalau tak mengantuk tu, mungkin korang minum tongkat ali kot.hehe
Aku masih ingat lagi ketika aku menjalani Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad, pagi-pagi lagi aku akan mula rasa mengantuk dan mulalah malas nak buat kerja dan menyebabkan kerja aku tertangguh-tangguh.
Faktornya kenapa??Mestilah tempatnya yang sunyi, sejuk, malap(dibelakang pintu) pastu disebabkan perut lapar, tu yang menjadi aku mengantuk yang teramat sangat. Betul tak??kalau yang belajar lak, mungkin sebab bosan duk dengan lect bagi kuliah…ahaha…lebih-lebih lagi lect baru….mengantuk siot.
number of view: 530Satu lagi drama seram di TV3 iaitu Penunggu Gunung Raya yang bakal menemui penonton setia TV3 selepas cerita “Jangan Tegur Lagi, ada bran tengok?” yang tamat minggu lepas. Walaupun ending cerita Jangan Tegur Lagi macam biasa, oklah tu.
Berbalik kepada drama seram terbaru, yang mengisi slot seram di TV3 yang akan mula disiarkan esok, aku tengok iklan yang dimainkan di kaca tv pun aku dah seram.
Ini mesti kisah kanak-kanak nakal ni yang bermain di gunung dan membuat kacau atau menganggu penghuni ghaib di sana.Pastu bila mereka dah besar panjang, benda tu mula la kacau or ganggu mereka.
number of view: 1332
Siong satu lagi drama terbaru di slot lagenda selepas cerita Mayang Mengurai yang tamat minggu lepas. Untuk pengetahuan koranglah, aku tak sempat pun nak tengok drama Siong ni, jadi aku takleh nak bagi pendapat dan komen.
Tapi berdasarkan pembacaan aku, cerita Siong ni diadaptasikan daripada cerita dulu-dulu iaitu cerita Raja Bersiong, ala yang Raja yang suka minum darah selepas dayang istana terhiris jari dan darahnya tertitis masuk ke dalam makanan raja tu.
Mula dari tulah, raja tu suka makan makanan yang bercampur darah. Ala cerita zaman dulu yang selalu dimainkan di tv2 dan tv3 setiap hari ahad. Masa aku sekolah menengah aku selalu tengok.
number of view: 1482
Erm, fuhh…cerita seram tahun 2009, best giler…tak banyak jalan cerita yang membelit-belit orang kata straight to point la.
Aku baru tengok hari jumaat lepas, seram dan menjijikkan bagi sesiapa yang main santau ni. Inilah ilmu sihir paling jahat dan paling kejam dalam dunia ni.
Dalam cerita Santau ini secara sepintas lalu, mengisahkan sebuah keluarga yang hidup harmoni dan disenangi oleh ramai penduduk setempat. Tapi semenjak ada jiran baru datang kat kawasan tersebut, mulalah berlaku perkara yang menyeramkan dan jijik.
Rupa-rupanya keluarga tu kena ganggu oleh *tut* sebelah. Selama ni bukan main baik lagi, tapi itulah manusia, kalu perasan PHD tu terlalu tinggi memang camtulah.
.-= aizuddin´s last blog...