![]() |
|
Hari ini aku nak kongsi sedikit ilmu kepada pengunjung blog aku ni. Saja nak kongsi semua mini projek untuk semester 5 ni. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada junior – junior ku nanti.
Ok… untuk Mini Projek F4104 – Algoritma dan Struktur Data. Kami diberikan tugasan untuk membina satu program sistem pemarkahan berterusan pelajar PSMZA iaitu PB yang dapat mengira PB terdahulu dan PB semasa. Kemudian program tersebut dapat memaparkan slip peperiksaan kepada pengguna.
Diantara contoh output: (more…)
number of view: 831
Asalamualaikum…
Hari ni nak cerita sedikit Majlis Jamuan Kelas DIP5S2 yang berlangsung pada 24 May 2009 baru – baru ni. Kehadiran pelajar seramai 34 orang daripada 36 orang pelajar.Bertemakan “Popular dan Gelenmer”, semua pelajar kelihatan anggun dan bergaya pada malam tersebut.
Jamuan tersebut diadakan dekat pantai dungun dimana terdapat restoran yang begitu unik sekali bentuknya kerana ianya berbentuk kapal dan semua pelanggan yang ingin makan disitu boleh memilih untuk makan di sayap kiri atau sayap kanan.
Jamuan tersebut berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah yang timbul. Syukur alhamdullilah kerana Allah S.W.T memberkati majlis jamuan tersebut.
Tidak lupa juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada lecturer yang mengajar kami kerana sudi turut hadir sama dalam memeriahkan jamuan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Puan Norazlina Bt Abdullah dan Madam Saliza bt Osman kerana hadir pada malam tersebut.
Tidak lupa juga kepada Encik Salmizi B Wan Mahmood yang tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana terpaksa menghadiri kursus, kerana sudi memberi sedikit sumbangan kepada kelas kami untuk menjayakan jamuan ini. (more…)
number of view: 390Asalamualaikum…
Hari ini merupakan hari kedua selepas aku habis menduduki final exam pada 18 May hingga 26 Mei 2009.
Huh sepanjang perjalanan minggu final exam tu, memang letih ar…sebab nak kena refreash balik apa yang telah aku belajar dalam masa 4 bulan kebelakang ni.
Aku just study balik soalan final semester lepas-lepas yang diberi oleh my lecturer sebagai persediaan aku untuk menduduki final exam pada hari tersebut.
Syukurlah, berkat kesusahan tak tidur malam dan tak cukup tidur, hampir 70% soalan final semester lepas boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada aku pada hari tersebut.
Syukur la sebab aku hampir dapat menjawab hampir 80% soalan pada final exam tersebut.Cuma aku tidak begitu puas hati dengan soalan final System Analysis and Design, kerana hampir 50% aku tidak dapat menjawabnya dan tidak begitu yakin dengan jawapan yang aku berikan.
Walau bagaimanapun, aku doakan aku dapat buat yang terbaik dan semoga result pada Jun ini aku mendapat keputusan yang dapat membanggakan my family dan aku sendiri.
Sekian…
number of view: 106Erm..sebenarnya tiada benda pun nak diceritakan cuma aku just nak bagitahu sekarang ini aku terlalu sibuk dengan mini projek yang diberi oleh lecture aku.
Selepas dua minggu daripada sekarang, aku akan menghadapi final exam pulak. Aduh camne la nasib aku yer…nak siapkan mini projek lagi…nak study lagi.
pening dibuatnya.
Mini projek yang belum present adalah Algoritma dan Struktur Data dan Pengaturcaraan Java.
Meminta-mintalah dapat buat yang terbaik nanti.