![]() |
|
Semalam merupakan hari paling bermakna untuk diri aku kerana telah berjaya mendapatkan lesen memandu di Kota Raya tempat aku belajar.
Aku pergi belajar tiap-tiap minggu iaitu hari jumaat dan hari sabtu.Walaupun aku rasa macam rasa terseksa je sebab nak kena bangun awal pagi lepas tu nak kena tunggu cikgu datang ambil… tapi semua tu berbaloi sebab semalam aku telah berjaya mendapatkan lesen P.
Semalam hujan la teramat sangat dan menyebabkan berlaku beberapa kesukaran untuk memamndu. tetapi syukur aku dapat atasi dengan jayanya.
ok..lepas ni tak payah la aku nak menyusahkan orang untuk hantar aku pergi LI
number of view: 382Salam semua.
Sudah lama aku tak update blog ni.Maklum la selepas penukaran domain baru dan hosting baru, banyak benda aku terpaksa buat. ye la nak kena transfer balik la ke server baru.Nak upload file pun makan masa gak.
Pastu nak kena edit balik file .php selepas penukaran domain baru, sebab file .php telah disetkan masa mula-mula setup dulu.
Berbalik kepada tajuk asal ni,betul ke boring aka bosan ketika menjalani latihan industri? Hah satu soklan yang baik tu. Aku bukan ape, aku dua tiga mejak ni dah rasa bosan dah nak pergi LI sebab dah boring duk buat kerja yang aku sendiri tak berapa nak ikhlas nak buat.
Mungkin sbb itu kot. sekarang ni pun aku dah buat acu tak acu jer kerja yang di bagi sebab staff kat situ macam tak check pun aku buat ke tak.
Satu lagi pasal kerja yang kena hantar tiap – tiap minggu, kalu dulu staff kat sana yang akan bagi data yang telah diproses dan seterusnya aku akan follow up customer, tapi lepas bulan puasa hari tu dah jadi lain kot, aku pulak yang kena proses data tersebut dan aku juga kena buat follow up..
Hellow la bro, penat la gua camni, dah lah kerja aku kena buat untuk 2 org staff.
Sekarang staff dah tak bagi kan aku data yang selalu dia proses, dan selalunya dia akan panggil aku untuk aku proses data tersebut, tapi dua tiga menjak ni, staff tu dah tak panggil aku pulak. Adakah dia lupa??erm tak tahu la.
Aku dah rungsing dah ni..dah 2 minggu data tu tak di hantar ke HQ. nanti tak pasal-pasal kena marah. tu la yang menjadi masalah sekarang, tak kan la aku nak pergi minta dengan staff tu..buat naya jer..
So begitu la sbbnya, jadi kerja tak banyak kena buat, bila tak banyak aku menjadi bosan bila berada dalam pejabat yang kesejukkan tu.
Nak kata ada internet, ada tu ada tapi aku dah bosan surf internet sbbnya dah tak de website yang aku nak masuk.
Jadi kerja aku adalah tidur. Tapi bila aku nak tidur, aku takut kena “sound” pulak. susah betul la.
Jadi kerja aku download anime yang aku rasa nak download disamping memenuhi hardisk syarikat dan pendrive aku.
huhhh. rasa dah malas nak pergi LI ni, aku tertanya – tanya bila lah lecture nak datang melawat aku LI.dah naik bosan aku pergi kerja. balik kerja jalan jam.hari-hari cam tu..menyampah betul aku rasa.
member aku yang lain relex jer ponteng..aku geram jer nak buat..tapi ape kan daya, tmpt aku LI kena punch kad.
hu..begitu la cerita nya. so ape macam??betul ke LI ni membosankan??
Lu pikir la sendiri.