![]() |
|
Pada 02/07/07 adalah hari paling begitu bermakna dalam hidup aku selama ini,dimana pada hari tu jugak adalah hari dimana result exam dikeluarkan.
Pada mulanya aku tak nak la check pasal takut gila…berdebar – debar hati ni….takut punya pasal..
Akhirnya aku tak dapat tahan lagi..aku masuk website poli..masuk no ic dan no matrik..dan hasilnya aku tgk result aku…
Disaat itu aku rasa nak nangis jer…kerana aku lulus semua subjek xde repeat…Allahamdulilah…syukur kepada-Nya..
Dan aku terkejut beruk tengok cgpa aku adalah 3.75 ..
ni semua adalah jasa encik,cik dan puan yang mendidik aku..Memang aku tidak dapat balas jasa mereka selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada lecture yang aku hormati..
Tidak lupa jgk la kat UMI aku…ni adalah hadiah untuk UMI…
Sekian untuk hari ni…
Nama aku Wan Mohd Asyraf Bin Wan Mahmood.Berumur 20 tahun dan berasal daripada Kota Bharu Kelantan.
Aku masih lagi blajar.Dimana?Dimana lagi kalu bukan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.Kalu dulu dikenali sebagai Politeknik Dungun Terengganu(PDT).
Aku dapat course yang aku minat dalam bidang IT…iaitu programming.Dan setakat ni..aku masih lagi boleh follow apa yang aku belajar di politeknik.
Cita-cita aku nak jadi cikgu.Entah kenapa aku nak jadi cikgu,mungkin kerana parent aku cikgu kot.xkisah la.
Kegemaran aku pulak banyak..aku ni suka bina website…edit website….surft internet..donlot lagu…video clip..drama ke..semua aku minat kalu berdasarkan komputer..
Aku jugak suka melancong..taP keluarga aku bukan jenis loader…so xleh la nak melancong sangat..Tu pun nasib baik aku dapat belajar kat luar KB…leh la aku merasa nak jalan2..
Tu la sedikit sebanyak pasal aku.
number of view: 859Salam semua…
Ni pertama kali aku rasa nak guna blog..entah kenapa…aku tengok ramai orang guna..so aku pun nak guna la..
walaupun aku xtahu apa sebenarnya kegunaan blog ni
tapi yg aku tahu…boleh menghilangkan tension aku…
Oke,nampaknya disini jer..aku nak buat benda lain kejap..
number of view: 1663Ye..Orang kata masa tu emas…btul la tu…
akhirnya sampai masanya aku untuk memulakan hidup baru kerana aku akan teruskan perjuangan sebagai student di ipta untuk mengubah nasib aku di masa hadapan.
walaupun aku rasa sedih kerana terpaksa meninggalkkan dunia internet ni..aku terpaksa redha kerana apa..aku bukannya xleh nak on9 pun..cuma xleh nak on9 24 hour jer..so oke la tu
bercakap pasal sedih ni,aku nak bagi tahu aku terasa sedih keatas pemergian 2 orang abang dan kakak yang aku hormat.Pemergian ke Universiti adalah cara paling terbaik untuk mereka..xkan nak sambung blajar ambik diploma walhal diorg layak untuk ambik degree.
Sepanjang aku kenal mereka ni,ia sedikit sebanyak memberi kenangan yang terindah buat hidup aku,kerna mereka la tempat aku mencerita,melauhkan tentang hal2 peribadi aku dan tekanan yang dihadapi ini. …
walaupun mereka telah pergi,kenangan mereka sentiasa di dalam otak aku..
Tahniah la kepada GG dan Kak Ja kerana berjaya mendapat tempat di Universiti pilihan.Adik harap kamu semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Jangan lupa kan kami di Politeknik yer…