![]() |
|
Terpanggil nak share dengan korang tentang bagai mana cara nak dapatkan ranking page pertama di google search. Mesti ramai belum tahu lagi bagai mana nak dapatkannya.
Tip ini telah di tulis sendiri oleh saudara Ariff Shah di blognya. Pada pendapat aku, tip yang dikongsikan begitu bagus sekali kerana kita tak perlulah nak buat blog walking tiap – tiap hari.
Kekadang kita pun ada perkara yang hendak dilakukan, jadi dengan tip yang dikongsikan oleh saudara Ariff ni, mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk menaikan trafik blog kita.

Erm, blog ni dah DoFollow, blog anda pula macam mana??Adakah doFollow gak?Apa itu tu doFollow??erm, aku pun tak tahu nak terangkan macam mana, tapi hasil pembacaan aku di beberapa blog tempatan, doFollow ini boleh menaikan trafik blog anda.
Selain itu, ia dapat juga menaikkan Page Rank sesuatu blog di samping untuk meningkatkan intraktif antara kita dengan blog, kerana bila ada seseorang yang baik hati komen di blog kita, kita akan memberi hadiah kepada mereka yang turun komen itu.
Apa hadiah tu, takdalah, benda tu adalah backlink yang akan menghubungkan blog kita dengan blog si pengomen tu. Jadi kerap keraplah kamu tinggalkan komen di sini.
Ia dapat membantu antara dua pihak jugak, tak gitu??..huhu.
Ini adalah subject yang paling aku tak suka. Yup Keselamatan Rangkaian atau Network Security. Susah giler pelajar subjekni, dah la teori banyak gila baban, susah nak ingat, banyak yang nak kena hafal.
Tapi aku suka lecturer aku sebab dia memahami student dia, walaupun kitaorang ni susah sangat nak faham, tapi cara pensyarah kami ajar menang best. Spontin habis.
Teringat gaklah apa yang belajar dulu, pasal kabel CAT5 , switch, modem, cara nak buat wayar guna RJ45 dan sebagainya. Pastu best bila lecturer cerita pasal hacker – hacker, asal usul dan sebagainya.
Keselamatan Rangkaian ni kita akan belajar bagaimana cara nak menghalang hak peribadi kita daripada di cerobohi oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Terkedus hati aku bila tengok pemergian adik Syafiah di TV3 jam 8 malam tadi.Manusia apakah si penagih dadah tu…takda perasaan hati perut ke kamu??
Dahlah kamu tu sampah masyarakat, maknya pula boleh bersekedudukan dengan penagih tak berperikemanusiaan tu.Di sahkan mengandung 4 bulan katanya di Bulletin Utama tadi.
Apa nak jadi ini?Mana nur dalam keluarga???Kekurangan ilmu agamakah kamu semua??sepatutnya rumah ku adalah syurga ku, bukan rumah bapaku , rumah nerakaku.
Macam sial jer, aku dengar berita. Sanggup bertindak kejam keatas kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun. Diorang tak tahu apa – apa pun. Tolonglah semua…

Ok, hari ni aku nak cerita sikit bagai mana nak dapatkan duit lebih dengan Buffered Earnings. Seperti yang anda tahu, Nuffnang ada menyediakan perkhidmatan Buffered Earnings kepada blogger mereka.
Buffered Earnings ini boleh dikatakan pihak pengiklanan akan membeli beberapa set unique visitor dengan Nuffnang untuk iklan mereka muncul di website – website blog yang lain.
Sebab itulah, traffic begitu penting untuk menjana duit sampingan di internet. Tiada traffic, tiadalah visitor nak click iklan dalam blog anda. Bila tak ada orang click, maka tak dapatlah duit.
Tapi ramai orang kebanyakan click iklan mereka sendiri, so berhati-hatilah korang, cara itu adalah tidak digalakan dan 100% untuk duit anda kena “ban” adalah tinggi.