![]() |
|
Hurm, sekarang tengah keliru nak beli Netbook HP Mini 210 ke atau nak beli notebook lain. Entry sebelum ni ada menyentuh pasal Netbook HP Mini 210 Menjadi Pilihan, tetapi sekarang membuatkan aku berfikir dua kali.
Seperti yang kita sedia maklum, perbezaan Netbook dan Notebook adalah dari segi keupayaan untuk membuat sesuatu tanpa had, tanpa sebarang kekangan teknologi.
Macam ni ceritanya, semalam lepak dekat BP Mall nak tengok wayang, sambil – sambil tunggu waktu berbuka, aku sempat masuk satu kedai komputer ni. Dalam kedai tu, ada sediakan satu HP Mini 210 untuk display.
Aku cubalah pakai sekejap. Nak merasakan keupayaan netbook ni, sebab kalau entry sebelum ni, aku ada tulis nak angkat satu biji. Cuba punya cuba, aku rasa macam netbook ni tak best.

Ah, entry paling ringkas abad ini. Macam biasalah entry tak puas hati den ni.
Bukan apa, den rasa macam takda gunanya den nak tulis entry panjang – panjang kalau entry den ni tak di pandai oleh sesiapa pun.
Aku memang tak tahu apa silap yang aku lakukan terhadap pihak Advertlets sebab payment aku masih lagi di proses??
Aku pun tak paham dengan syarikat ni. Nak kata SCAM, tak juga sebab ada blogger lain dibayarnya.
Tetapi kenapa aku tak dapat??Apa kurangnya blog aku ni??
Hurm, malas nak fikir lama-lama. Bulan puasa ni…fikir positif sahajalah…
Teringin nak jadi macam blog saudara Aizuddin tu, sebab dia dah dapat payment daripada pihak Advertlets.
Ye, kalau tak dapat, takkan lah saudara Aizuddin nak pergi publish entry yang cakap Advertlets bukan SCAM tu.
Tu lah, memang best jadi blogger yang bertuah ni…Takpalah bukan rezeki hamba lagi ni…
Salam 1 Malaysia semua.
Mesti korang semua dah tahu berita terbaru dunia broadband kan. Terutama Celcom Broadband yang selalu panggil “berukband” sebab speed mereka lah yang paling slow dan lambat.
Semenjak munculnya pesaing baru mereka seperti Maxis dan Digi yang menawarkan speed yang lain bagus daripada Celcom. Nampaknya pihak Celcom telah mengambil beberapa pendekatan untuk mengupgrade speed broadband mereka.
Kalau sebelum ni, kita tahu speed broadband untuk pakej Celcom Broadband Basic adalah 384kbps, kini pihak celcom telah menaikan speed tersebut kepada 512kbps.
Bagi aku, speed tersebut boleh dikatakan langkah awal mereka untuk berubah, kerana pihak Digi menyediakan speed 700kbps yang boleh dikatakan laju berbanding Celcom.
Stress gila nak guna perkhidmatan PTPTN online ni. Macam mana nak isi borang macam ni. Macam mana nak dapat pinjaman kalau sentiasa tak boleh masuk jer.
Rasa macam susah gila nak belajar. Lagi – lagi diperingkat Ijazah ni. Hari ini merupakan hari terakhir untuk apply PTPTN.
Dan aku pun sudah terlepas. Nasib baik masih ada lagi untuk kelompok ke 3. Tetapi sampai sekarang aku masih belum lagi berjaya untuk daftarkan.
Aku pun dah tension gila. Dahlah kemudahan internet di Kolej terhad. Jadi nak buat kerja pun susah. Ada kelas lagi. Jadi terpaksa la aku korbankan masa lebih sikit.
Hari ni pun baru ada masa nak update blog setelah sekian lama menyepi dalam bidang blog. Dua minggu kebelakangan ini, sibuk dengan program Minggu Haluan Siswa.
Memang penat gila, minggu ni pula sibuk dengan kuliah. Masing tengah pening nak cari kelas sampaikan ada yang sesat berjam – jam nak cari kelas.
Aduh….susahnya nak belajar ni.
Biasalah semester satu. Lepas ni dah biasa mesti dah ok.
Orait, nak sambung isi PTPTN. Bubye semua.
p/s: dah lama gila tak tengok TV…

Ini mungkin entri terakhir untuk bulan ini. Selama 7 bulan menjadi blogger sepenuh masa, banyak memberi pengajaran dan pengalaman dalam menjadi seorang blogger fulltime di rumah.
Memang kerja menulis sesebuah entri tidaklah begitu mudah seperti yang disangkakan, lebih – lebih lagi bila kita ingin mencari kelainan dalam berblog iaitu menjana wang sampingan.
Memang tidak dapat lari lagi, perasaan untuk mencari wang di internet begitu mendalam sehinggakan para blogger perlu update atau keluarkan entri setiap hari agak pihak iklan tidak lari.
Mestilah mereka nak blogger yang sentiasa mengeluarkan entri setiap hari dan mempunyai jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan mereka tidak menbazir masa untuk beriklan di sana.
Bercakap pasal iklan, bulan ini merupakan bulan bertuah kepada aku. Jumlah earning Innity memang diluar jangkaan aku. Bolah dikatakan earning bulan ini boleh beli hp touch screen sebiji lah.