Edisi: Kerja Oh Kerja
Filem
Filem yang aku rasa cambest atau yang kurang best untuk dikomen
Nur Kasih 2 Kembali?!
May 13th

Sebenarnya dah tersebar lama dah rumor ni pasal Nur Kasih ni. Siapa yang tak ingat dan kenal drama Nur Kasih ni.??
Drama Nur Kasih dulu pernah menjadi kegilaan para peminat Drama – Drama Melayu pada tahun lepas selepas drama Nur Kasih telah mencatat pencapaian yang membanggakan di mana hampir 4 juta penonton menonton drama ini.
Bila drama Nur Kasih diulang tayang pada 7.30 malam setiap hari Selasa – Khamis tanpa sebarang iklan, bilangan penonton hampir mencecah 2 juta yang menonton drama ini.
Satu percapaian yang begitu di banggakan dan hits daripada drama ini, blog ini juga mendapat sambutan yang menghangatkan dari segi trafik.
Entri pasal Nur Kasih.
Number of View :40773Niyang Rapik – Cerita Macam Filem Long Khong
Apr 28th

Ah, akhirnya. Setelah setel hal bandwidth tadi, sekarang baru terasa lega sebenarnya. Sebenarnya dah beberapa hari tak update blog sebab sibuk duk layan cerita best ni.
Al maklumlah, aku baru beli akuan premium daripada Megaupload guna duit hasil daripada Bidvertiser mengunakan Paypal. So asyik la dok download cerita sampai penuh hardisk ni.
Salah satu cerita yang aku download adalah filem seram bertajuk Niyang Rapik yang turun dibintangi oleh Fizz Fairus, Awal Ashaari, Kamal Adli, Zed Zaidi dan Shaheizy Sam dan penyeri filem ini adalah penyanyi dan juga pelakon kecil molex iaitu Liyana Jasmay.
Filem ini mengisahkan sekumpulan pelajar tahun akhir yang duk buat research kat kampung halaman orang asli kot, dan diorang ni semua syok gila kat Liyana yang memegang watak Putih.
Number of View :2410MySpy – Agen Penyiasatan Malaysia
Apr 11th

My Spy merupakan filem arahan Afdlin Shauki yang baru ditayangkan pada tahun lepas. Filem ini merupakan filem terbitan KRU Studio yang dikuasakan oleh Celcom Blue. Aku ingat lagi iklan pasal My Spy ini di kaca TV, nampak gempak gile, mesti citer pun best kan.
So semalam aku dah pun download My Spy ini sebab dah bosan gila semalam dan pagi tadi baru aku tengok. Erm cerita ni sebenarnya cerita komedi, tapi aku kuranglah dengan cerita melayu ni.
Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni, semua cerita tak best jer…hampeh betullah aku ni. Tapi aku tengok la juga. Boleh lah bagi aku. Ayat standard aku. Tengah bosan macam tu boleh la buat layan.
Number of View :6480Adnan Sempit Tersempit Terbosan
Mar 18th

Adnan Sempit merupakan sebuah filem arahan Ahmad Idham terbitan daripada Metrowealth. Ramai yang telah menyaksikan filem ini dan memberi pendapat serta pandangan masing – masing tentang filem ini.
Lain pula dengan pandangan aku tentang filem ini. Haduh, kecewalah dengan filem melayu kita. Bosanlah cerita ni, apa yang lawaknya.Kata komedi, dekat mana entah aku nak gelak. Paling kelakar pun part last sekali. Entah lah
Yup, aku tengok hanya di Youtube sahaja, nasib baik tak beli DVD filem ni. Kalau tak terbang duit aku. Mungkin anda kata, macam mana nak hasilkan filem yang baik kalau rakyat Malaysia sendiri tak menghargai filem tempatan mereka.
Yer lah, anda download free macam tu jer, pastu boleh tengok live streaming kat Youtube, macam mana depa nak dapat untung. Jadi secara tidak langsung, depa pun buat filem berdasarkan bajet yang depa ada.
Number of View :5749Pisau Cukur – Pelakon Hot dan Gedik
Feb 5th

Pisau cukur, satu lagi filem terbaru pada tahun 2009 menampilkan pelakon – pelakon hot seperti Maya Karin, Arron Aziz,Nur Fazura,Nas-T, Umie Aida dan banyak lagi..
Semua HOT dan gedik dalam filem ni, takda lah kelakar sangat dah boleh dilayan jugak. Sebenarnya cerita ni baru release kat torrent dan aku malaslah nak download sebab lembap.
Jadi aku pun try la search kat Youtube kot-kot dah keluar ke belum, dan ternyata dah ada orang upload.
kalau korang nak tengok cerita ni, korang boleh klik link dibawah ini. More >









Komen Terakhir