Edisi: Kerja Oh Kerja
Filem
Filem yang aku rasa cambest atau yang kurang best untuk dikomen
Kutipan Nur Kasih The Movie
May 20th

Aku baru sahaja terbaca update terkini daripada Facebook Nur Kasih The Movie (NKTM) tentang kutipan filem ini yang baru sahaja dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut Facebook NKTM, setakat semalam, jumlah kutipan NKTM telah pun mencecah RM500,000 pada hari pertama tayangan filem ini.
Number of View :50910Nur Kasih The Movie Klip Video – Tanpamu
May 20th

Yey, akhirnya Nur Kasih The Movie (NKTM) telah pun selamat berada di seluruh panggung wayang diseluruh Malaysia.
So macam mana peminat NKTM??? Korang dah tengok ke belum filem ni???
Best tak???
Dengar kata ramai blogger yang dijemput untuk melihat tayangan perdana NKTM baru – baru ni disekitar ibu kota, kata diorang best sangat dan boleh mengalir air mata.
Hurm, dengar kata dalam NKTM ni juga turut dimuatkan beberapa lagu tema yang dinyanyikan oleh beberapa orang artis di Malaysia dan artis luar.
Dari segi kutipan NKTM masih belum diwar-warkan beberapa jumlah kutipan. Adakah sehebat kutipan Kongsi yang mendapat 7 juta lebih dalam masa 7 hari??
Number of View :46464Lagu Tema Nur Kasih The Movie Bersama Tizz
Feb 24th

Nampaknya Nur Kasih The Movie akan menemui anda semua tak lama lagi. Dijangka akan ditayangkan di seluruh pawangan pada 19 Mei 2011.
Pasti ramai tak sabar untuk menyaksikan filem Nur Kasih The Movie yang diadaptasi dari drama popular di TV3 iaitu drama Nur Kasih. Sebanyak 26 episode telah disajikan kepada anda ketika drama tersebut disiarkan.
Banyak kali jugalah TV3 mengulang tayang drama tersebut. Nampaknya filem Nur Kasih The Movie “mungkin” bakal mengulangi balik sejarah yang pernah tercipta ini??
Apa – apa pun kita saksikan nanti pada bulan Mei ini. Harapan aku kepada filem ini, adalah semoga filem Nur Kasih tidak seperti filem melayu yang lain.
Tapi semenjak kebelakangan ini, aku rasa filem melayu dah bertambah maju ke hadapan, so harapan aku kepada Nur Kasih The Movie semoga ianya menjadi seperti filem melayu yang lain.
Number of View :53917Papadom Dalam ASK2010
Dec 20th
Hurm, tinggal beberapa hari lagi Anugerah Skrin 2010 (ASK10) akan berlangsung di TV3.
ASK akan berlangsung pada 24 Disember 2010 hari Jumaat ni.
Antara filem yang bertanding dalam ASK10 adalah filem Papadom, Muaalaf dan banyak lagi.
Tetapi pada pendapat peribadi akulah, aku yakin filem Papadom mesti dapat memenangi salah satu anugerah yang dipertandingkan.
Kenapa??sebab aku rasa ada kekuatan pada filem tersebut.
Bukan kenapa, aku tersentuh dengan kecekalan seorang Ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya setelah kematian isterinya.
Aku tersentuh dengan aksi lakonan Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay yang begitu menjiwai watak yang dipegangnya.
Air mata aku hampir “terjatuh” bila Saadom melafazkan azam ke telinga bayi yang baru di lahirkan.
Number of View :1936Kejayaan Filem Ngangkung RM10 Juta
Dec 12th

Bagaikan tidak percaya bila filem Ngangkung mencapai kutipan sebanyak RM1o Juta mendahului kutipan “RM40 Juta” dari filem 2 Alam.
Ternyata David Teo tengah tersenyum lebar dengan perkembangan filem seram + komedi ni.
Filem Ngangkung mula ditayangkan pada 25 Nov 2010, dan pada tarikh tersebut ianya sudah dibanjiri orang ramai untuk menyaksikan filem tersebut.
Peneraju utama filem ini barang kali menjadi faktor utama bagi kutipan filem Ngangkung ni.
Siapa lagi kalau bukan
Shaheizy Sam, Azad Jazmin dan Angah Raja Lawak.
Masa aku pergi tengok pada first day ianya di tayangkan, memang panggung wayang full, penuh dengan orang ramai.
Faktor dia mungkin disebabkan musim cuti sekolah, jadi diorang ambil peluang ini untuk bersama – sama keluarga, rakan – rakan untuk menonton filem Ngangkung ni.









Komen Terakhir