![]() |
|

Sejak owner blog JustKhai buat review pasal Netbook terbaru daripada HP iaitu HP Mini 210 baru – baru ni, aku terasa macam nak beli jer satu.
Memandangkan laptop Compaq aku ni dah semakin uzur dimakan usia teknologi yang semakin canggih ni. Notebook Compaq aku ternyata tertinggal 5 tahun kebelakang.
Aku bercadang nak angkat Netbook, tetapi aku tak tahu nak ambil yang mana. Setelah baca review HP Mini 210 yang ditulis oleh JustKhai, aku rasa macam berbaloi jer.
Yelah, seperti sedia maklum, Netbook ni sesuai digunakan untuk buat kerja ringan – ringan macam blogging, surf internet, check email, tengok movie, buat kerja seperti word dan banyak lagi.

Betul ke ni? Betul ke motherboard yang guna processor AMD cepat rosak berbanding motherboard yang mengunakan processor Intel?
Ok, aku nak ceritakan pun aku tak tahu sangat, jadi tak boleh nak pandai – pandai bagi kenyataan.
Tetapi dalam pemerhatian akulah, barang siapa yang mengunakan PC atau Laptop yang didatangi dengan processor AMD, pasti tak sampai atau lebih setahun pasti motherboard tersebut akan rosak.
Bukan apa, aku pun pernah kena beb, pertama aku beli Laptop Compaq AMD, lepas setahun, tetiba laptop aku tetiba mati dengan sendirinya dan tak dapat di hidupkan.
Dah puas aku cuba tekan butang ON, tetapi masih sama sehinggalah aku hantar ke kedai, Uncle kedai tu kata, motherboard rosak. Maka terbanglah Rm800++ untuk menukar motherboard baru.

Terkejut den bila baca blog http://myjazmanie.com tentang IPhone terbaru keluaran Apple.
Syarikat ni memang canggih dan sentiasa bergerak maju ke hadapan lah.
Kini muncul pula IPhone 4G yang akan kononnya telah tersebar luas gambar design iphone terbaru ini.
Kononnya iPhone 4G terbaru tu warna hitam, alik – alik ada pulak yang warna putih.
Kalau dekat Malaysia, baru iPhone 3GS. Tu pun baru nak meningkat naik penggunanya.
Dahlah mahal nak mampus, beribu raban, nak beli komputer acer dua bijik pun dapat.
Sekarang telco Maxis dan DiGi dah pun stok untuk Iphone. Celcom aku belum dengar lagi.
Kalau Blackberry adalah 3 – 3 telco ni.

Yup, ada apa dengan Nokia X6 sebenarnya???Apa yang hebat dan best sangat hp nokia terbaru ni??Aku pun tak tahu sehinggalah Nokia X6 menjadi milik ku.
Semalam merupakan hari yang best dalam hidup aku, kerana aku telah pun membeli full set handphone Nokia X6 16GB (zitron) di KBMall, setelah mendapat “green light” daripada ibu ku, ghe ghe.
Sebelum aku membeli nokia X6 ini, aku banyak membuat survey dan carian tentang Nokia X6 ini di Internet terutamanya Youtube. Ini kerana aku memerlukan hp yang betul – betul boleh memberi kepuasan kepada diri aku di samping dengan berbaloinya menghabiskan wang beribu – ribu untuk beli hp ini.
Kalau tak berbaloi, aku tak ingin pun beli hp ini, tetapi bila dah pun test sendiri di kedai hp, ternyata aku telah jatuh hati dengan keunikan yang ada pada Nokia X6.

Seperti yang anda semua sedia maklum, Nokia Malaysia telah pun mengeluarkan modal telefon terbaru iaitu Nokia X6 di mana ianya didatangi dengan Muzik. Betul tu, semua orang sukakan muzik, ada yang gilakan muzik dan banyak lagi.
Mesti sudah anda ketahui, Nokia X6, merupakan beta testing base dari modal Nokia 5800XM. Katanya di forum Lowyat. Tetapi sejauh mana kebenarnya, kita semua tak tahu.
Walaupun aku tak memiliki Nokia 5800XM, tetapi aku telah pun mencuba dan mengunakannya. Pada pendapat aku, Nokia 5800XM memang terbaik dari segi kualiti bunyi dan tidak dari segi gambar.
hotal nania