
Erm, sebenarnya aku baru sahaja terbaca entry pasal Bagaimana Wordpress Anda Boleh Di Godam? yang ditulis oleh saudara Fikri Fadzil di blog miliknya.
Memang bagus dan sesuai kepada blogger yang baru dan mungkin sebagai peringatan kepada blogger – bloger lama. Yelah kekadang kita tak lari daripada sifat pelupa.
Apa yang dikatakan oleh saudara Fikri, kebanyakan kita menggunakan atau aplikasikan password yang begitu senang untuk dicerobohi oleh para hacker kerana para hacker dapat meneka apa password kita.
So oleh itu, atas nasihat suadara Fikri, kita perlulah menggunakan password yang kukuh dan susah untuk dicerobohi dengan menggunakan 8 atau lebih karakter dan mempunyai campuran huruf besar kecil atau simbol.
Dengan ini, secara tidak langsung, para hacker atau pengodam tidak dapat meneka dan mencerobohi Wordpress anda kerana bila kita menggunakan karakter yang panjang, masa yang diambil oleh hacker tu untuk menceroboh wordpress kita adalah lama.
Saudara Fikri juga ada menekankan bawah bila kita memasang Wordpress di server, secara defaultnya kita akan diberi satu akaun Admin dan password yang di generate sendiri.
Tetapi kebanyakan kita tidak menggunakan akaun admin tersebut sebaliknya memcipta satu akaun baru tetapi mereka lupa untuk memadamkan akaun admin tersebut.
Ini menyebabkan peluang untuk hacker menceroboh masuk adalah tinggi dan kemungkinan wordpress anda dikuasai oleh hacker adalah sangat-sangatlah tinggi.
Banyak lagi yang diutarakan oleh saudara Fikri seperti bagaimana si pengodam boleh mengodam CPanel anda dengan menggunakan password wordpress anda.
Apa yang diberitahu, kebanyakan kita menggunakan password di CPanel hampir menyerupai password di wordpress kita.
So macam mana semua, adakah anda tergolong dalam kenyataan di atas??Kalau ye, silalah anda buat perubahan cepat-cepat, jangan sampai anda menangis tidak berlagu nanti.
Apa yang anda usahakan akan hancur dan berkecai.
Ok, sampai di sini sahaja. Thanks kepada mereka yang terlibat…hehe
Tags: blog security, keselamatan blog, keselamatan blog anda, tahap keselamatan blog anda, tahap keselamatan wordpress, Tingkatkan Tahap Keselamatan Wordpress Blog Anda, wordpress security
Search:
Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni
.-= aizuddin´s last blog...
2 Responses for "Tingkatkan Tahap Keselamatan Wordpress Blog Anda"
thanks for the tips =)
hehe…sy just share apa yang saudara fikri tulis..
Leave a reply