Erm, hari sahaja nak cerita sedikit pasal TuneMoney ini. Sebenarnya tunemoney ni dah lama orang duk cerita. Masa awal kemunculan tunemoney tu, aku mana ada blog lagi, masa tu aku ada forum jer.hehe

So hari ni baru aku tahu kelebihan tunemoney ni. Aku rasa kalangan IM dah tahu apa kegunaan tunemoney sebenarnya. Selain boleh beli secara online di internet dan di mana-mana tempat yang memaparkan logo Visa, tunemoney juga boleh digunakan untuk mengesahkan akaun Paypal korang.

Akaun Paypal tu apa?alah korang carilah makna sendiri, aku pun nak terangkan takut tak betul gak. Apa yang aku tahu, tunemoney ini boleh digunakan bersama Paypal.

Tak caya, dalam website tunemoney ada tulis sendiri, berikut petikan dia:

“…Dan anda juga boleh memindahkan kredit PayPal ke dalam Kad Tune-In anda.”

Jadi aku pun trylah memohon sekali, memandangkan aku nak guna untuk keluarkan duit aku di Bidvertiser. Yes, di Bidvertiser tu korang boleh cashout minina hanya $10USD sahaja.

So baru jer sekejap tadi aku apply secara online card tunemoney tu.Untuk yuran pertama ni aku kena bayaran RM50 dan maybe aku akan dapat balik duit tu.Sebab syarat dia camtu kot…huhu

Aku bayar guna FPX jer, cas pulak 50sen…huhu..biasalah mana ada perkhidmatan yang tak cas. Kalau tak cas camne syarikat tu nak sediakan perkhidmatan yang bermutu kepada pelanggannya??.

Betul tak, so apa yang aku perlu buat adalah tunggu selama 14 hari daripada sekarang kerana nanti diorang akan hantar card tunemoney tersebut ke alamat rumah yang kita daftarkan.

Pastu apa yang aku baca kat laman web dia, bila dah dapat card tunemoney tu, korang kena aktifkan card tu dalam website.

Hehe…apa-apa pun aku memang tak sabar nak dapat card tunemoney tu sebab nak merasa duit daripada Bidvertiser, aku pun tak pernah guna Paypal ini, macam mana agaknya.

Okelah, sapa yang ada pengalaman tu share la…aku pun tengah mencari-cari gak ini.

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 642 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , , , , , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search