Hari demi hari, banyak berita yang tak sedap kita dengar…apatah lagi pasal kalimah Allah dan penghinaan Sultan Johor baru – baru ni. Hari ni aku terkejut pulak bila terbaca Utusan online hari ni pasal Dua Masijd Di Lempar 4 Kepala Babi.

Fuhh…memang kurang hajar betullah sapa yang bermain api dengan orang islam ni…Nampaknya hari ni, negara kita dah tak aman…

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.

Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka. – Utusan

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 666 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • No Related Post
  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search