wahaha…memang pelik gile tajuk yang aku letak. Haha, selain slot Lagenda, slot yang best kat TV3 adalah slot Samarinda, tapi aku kureng sedikit sebab kebanyakan cerita orang-orang dalam pejabat dan dalam dunia korporat.

Cerita orang kaya bercinta, bermusuh dan sebagainya….tak berapa minat la cerita lagu tu.

Tapi cerita ini aku tak pernah pun tengok, tapi yang aku perasan cerita ni sebab pelakonnya adalah Rosyam Nor. Memang tidak dinafikan lagi kehebatan Rosyam Nor dalam berlakun.

Tapi apa yang aku perasan lagu tema (OST) cerita Nigina ini mesti lagu rock kapak, yelah kalu korang semua perasan, lagu tema dia dinyanyikan oleh kumpulan Search.

Haha…cerita sebelum ini pun sama gak, mesti bertemakan rockkapak.Apa-apa pun aku suka dengar lagu tema Nigina tu.

Berikut lagu ost Nigina:

Ok, disebabkan aku tak pernah tengok, maka aku carilah sinopsis cerita ini untuk tatapan korang semua.

Diterbitkan Suhan Movies & Trading Production, pelakon lain yang membintangi Nigina ialah Melissa Mauren sebagai Sofea, Datuk Jalaluddin Hassan (Datuk Hambali), Aida Radzwill (Datin Salmie), Salina Saibi (Natasha), Hafizzuddin (Datuk Suffian), Rosnah Johari (Datin Nora) dan Norlia Ghani (Mak Kiah).

Ia mengisahkan Nigina dan Iskandar lakonan Rosyam bercinta ketika sama-sama melanjutkan pengajian di Australia. Iskandar berasa dirinya bertuah dapat berkawan dengan Nigina, anak Datuk Hambali yang bersikap rendah diri dan menerima dirinya.

Iskandar mahu mengubah nasib keluarga yang miskin. Selepas tamat pengajian, Nigina mengesyorkan Iskandar bekerja di syarikat Warisan Sdn Bhd milik bapanya. Apapun, Iskandar bercita-cita untuk mengahwini Nigina dan dia mahu dilantik jawatan tertinggi syarikat.

Bagaimanapun, kehadiran Iskandar menarik perhatian Sofea, anak kepada Datuk Suffian yang juga rakan kongsi dalam Warisan Sdn Bhd. Apakah Iskandar akan berubah cinta kepada Sofea? Malah, bagaimana pula perkembangan prestasi syarikat Datuk Hambali?

So apa korang tunggu lagi, saksikanlah di slot Samarinda setiap Selasa – Khamis di TV3 jam 10.30mlm.

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 1443 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , , , , , , , , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search