Itulah yang bermain di minda ini, ye sudah 3 tahun aku berada di PSMZA yang dulu di panggil Politeknik Dungun Terengganu dan kini semua pun telah pun berakhir. Dan selama 3 tahun inilah, pelbagai memori, kenangan manis dan pahit ketika berada di PSZMA tidak dapat aku lupakan.

Pada 14 Dec 2009 bermulalah hari terakhir aku berada di Dungun, di saat itu, paper last final exam adalah Network Security yang telah selamat aku duduki…aduh…skemalah pulak…Ye hari tu merupakan hari last aku berada di dungun kerana pada keesokan harinya, aku akan kembali ke kampung halamanku.

Huhu…memang berat dan sayu nak meninggalkan member-member ku yang telah pun bersama ku selama 3 tahun ke belakangan ini. Ye…merekalah tempat aku bermain, bermesra, bertengkar, bergaduh dan tempat meluahkan perasaan yang terbuku… =( dan banyak lagilah…malas dah nak cerita. 8)

Entry ni pun aku publish lambat sebab tidak ada mood, kerana masih dalam mood “memory remain” bersama kawan – kawan, di samping dapat merasakan tekanan untuk mencari kerja, camnelah nak cari kerja dengan ekonomi sekarang ni.

Nak harapkan perniagaan prepaid aku itu, isk…tidak boleh aku nak buat sara hidup…iklan – iklan kat sini pun tak boleh nak buat sara hidup dan bini aku…ops :[ …sara hidup family aku…hehe :)

Berbalik kepada memory di PSZMA, banyak sebenarnya, kalu tak silap aku pernah tulis entry pasal cabaran sem 3 dan tahun 2008 di blog ini…tu cabaran dan kenangan semasa semester 3.

Tu kenangan mini projek, kenangan bersama lecture dan lain-lain, ni bila semester last ni, nak tulis pun aku rasa malas sebab kebanyakan dah ditulis pun sebelum ni seperti Hadapi Final Year Project dan Tajuk Final Projek Julai 2009 dan juga Projek Akhir 2009, sampailah fast update 4 hari jadi ke 22 yang di sambut oleh housemate ku…oh tidak…kenangan terindah tu =(  dan lain…

Sekarang kerja aku adalah mengadap TV dan internet, kemudian buka Facebook dan baca onemanga. Hah..borink betulah..kalu kat dungun tu, ada rakan-rakan bolehlah kacau diorang…hehe :p best…

Tapi sekarang dan tak ada semua tu, sekarang aku harus bersedia untuk memasukki alam pekerjaan yang pasti menjamin kehidupan yang lebih cerah untuk diri aku dan keluarga.

Dan aku berharap keputusan Peperiksaan Julai 2009 adalah terbaik dan termantap kepada diri ini tidak seperti keputusan Peperiksaan Jan 2009…Amin…biarlah dapat 3.5 above.

Mungkin aku akan berkongsi sedikit ilmu aku dengan adik – adik junior PSMZA tentang ilmu – ilmu yang telah aku belajar di Politeknik…ops lupa nak bagi tahu.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah politeknik sultan mizan zainal abidin diatas segala tunjuk ajar mereka sepanjang aku berada di PSMZA. Terima kasih diatas pengorbanan dan penat lelah anda dalam mendidik dan membentuk kami dalam menjadikan kami Insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Jasa mung akan selalu dikenang…terima kasih en dan cik… we lov u. =(

Hehe…sedikit ucapan perhargaan kepada pensyarah yang telah mengajar hamba ini yang bernama meow a.k.a Wan Mohd Asyraf Wan Mahmmod, DIPS2 D2007 – D2009, F522.

Berbalik kepada junior tadi, maybe aku akan sharing sedikit ilmu dengan kamu seperti mini projek dan tugasan yang pernah diberi oleh pihak pensyarah JTMK sebagai rujukan kamu. :D

Okelah, maybe ini merupakan entry terakhir pada PSMZA, maybe atau tidak yelah, sekarang pun aku ni pun x-PSMZA, bukan lagi pelajar so maybe dah tidak ada cerita tentang PSMZA ini lagi. :D

Kepada rakan-rakan yang membaca ini, aku sayang kamu dan rindu kamu selalu, semoga dilain hari kita dapat bertemu lagi dan jika ada kredit lebih, sms la aku…hohoho.. :)

ok, that all.

bubye.. :8

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 312
Anda mungkin juga meminati:

Related Post

  • Tags: , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search