ask09

Telah pun berlangsung Anugerah Skrin 2009 di PWTC baru ni pada 04 Dec 2009 pada jam 9 Malam yang dipancar langsung oleh TV3 dan boleh didengari melalui Hot.FM.

Di kendalikan oleh dua pengacara meletup malaysia iaitu Afdlin Shauki dan Fara Fauzana :love: dan malangnya Anugerah Skirn hari tu begitu hambar dan membosankan. Nasib baiklah pentas pada malam tu begitu cantik dan sesuai dengan tema yang dipilih pada malam tu, iaitu “Hikayat 1001 Malam” (agaknya) :)

Dan tahniah kepada artist kita pada malam tu kerana telah berjaya mempersembahkan persembahan yang cukup mantap seperti persembahan Misha Omar dan Bob AF dengan lagu Cinta Adam dan Hawa, diikuti oleh persembahan Aizat – Pergi dan persembahan dari mantap daripada Jac, Lan dan Typewriter dan vocalist Jinbara dengan lagu Mentera Semerah Padi.

Tahniah kepada pemenang – pemenang Anugerah yang telah dipertandingkan pada malam itu, antaranya:

Keputusan penuh ASK09:

1. Lakon layar Terbaik: Farizal –KAMI The Movie
2. Lakon TV Terbaik: Erma Fatima-Tersasar Di jalanmu
3. Anugerah Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu
4. Rancangan Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama-Air Najis
5. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Majalah 3-Gaza
6. Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2-Minggu 10
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina-Wayang (Tak Hadir)
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zul Huzaimi- Wayang (Tak Hadir)
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama:Norish Ismail-Tersasar Di Jalanmu
10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama:Ahmad Termimi Saregar- Tak Serupa Tapi Sama.
11. Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
12. Rancangan Realiti Terbaik: Gadis Melayu Episod Akhir
13. Rancangan Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini
14. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23
15. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay-KAMI The Movie
16. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan-Wayang (Tak Hadir).
17. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Rosnah Mat Aris-Tersasar Di Jalanmu (Tak Hadir).
18. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar-Terlerai Takbir Kasih
19. Pengarah Terbaik Filem: Dr Hatta Azad Khan-Wayang
20. Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima-Tersasar Di Jalanmu
21. Anugerah Yasmin Ahmad: Jaclyn Victor.
22. Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
23. Filem Terbaik: Wayang
24. Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Akhir sekali, anugerah skrin ini menurun tirai dengan persembahan mantap daripada Penyanyi Nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dengan lagu Nirmala dan Lagu baru beliau.
Kalu tak sempat tengok, anda boleh tengok di website TV3 ok…orait sampai sini jer lah…nak study pulak sebab sekarang ni minggu final exam. =(
Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 432 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , , , , , , , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search