puteri aurora beradu

Menampilkan barisan artis hangat masa kini. Antaranya Iqram Dinzly, Memey Suhaiza:p Norish Karman, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan, Aida Aris, Rashidah Jaafar dan Enot dalam Drama Puteri Aurora Beradu.

Sebenarnya episode 1 aku belum tengok sebab aku tak sempat nak tengok macam mana cerita ini.Tapi aku sempat tengok episode 2 dan 3 baru – baru ini.

Boleh dikatakan aku suka tengok cerita ini sebab cerita ini mengambarkan kehidupan masyarakat kita masa kini yang betul – betul berlaku dimana menggunakan ilmu hitam untuk merosakan keluarga orang dan keturunan orang lain. :-|

Dalam Drama ini boleh anda lihat apabila Sofia(Norish Karman) ingin memusnahkan kehidupan keluarga Imran(Eizlan Yusof) dan Aisyah(Rozita Che Wan) dengan meminta bantuna Mak Itam tetapi di halang oleh mak Aisyah yang kuat ilmu agamanya. :8

puteri aurora beradu 1

Ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita pada masa kini. Niat mereka yang ingin melihat keluarga kita punah dan rosak itulah matlamat diorang. Hanya orang yang mengamalkan ilmu agama sahaja dapat menghindari benda camni.

Tu lah kalau boleh rumah kita selalu disinari dengan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Ayat – ayat AL-Quran ini boleh menjadi pelindung kepada kita dan ahli keluarga. Tapi sayang, orang zaman sekarang mana ada masa nak baca Al-Quran ni, sebab diorang rasa tak best..Baik baca gossip artist lagi best. tak gitu.

Berikut adalah sinopsis Drama Puteri Aurora Beradu:

Drama ini bermula apabila Puteri Aurora (Memey Suhaiza) ditimpa kemalangan dan dikejarkan ke hospital. Nasib tidak menyebelahinya dan Puteri Aurora terpaksa hidup dalam keadaan koma. Walaupun dalam keadaan sebegitu, Puteri Aurora masih dapat mendengar percakapan orang di sekelilingnya.

Sejak kecil, Puteri Aurora dikawal ketat tiga penjaga setianya iaitu Acik Nora (Aida Aris), Acik Ann (Rashidah Jaafar) dan Acik Imah (Enot). Ketika dalam keadaan koma, penjaga-penjaganya mengambil kesempatan bercerita mengenai latar belakang Puteri Aurora yang sebenar terutamanya ibu dan bapanya yang tidak pernah dikenali.

Ibunya Aisyah, lakonan Rozita Che Wan berkahwin dengan Imran (Eizlan Yusuf). Sebelum berkahwin, Imran adalah seorang playboy tetapi berubah setelah berkahwin dengan Aisyah. Mereka hidup bahagia, namun Sofia (Norish Karman) yang menaruh hati terhadap Imran berasa marah dan berusaha memutuskan hubungan suami isteri itu.

Keadaan menjadi semakin tertekan apabila Sofia mendapat tahu Aisyah mengandung. Sofia bersumpah untuk menghapuskan keturunan Imran dan Aisyah dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan ilmu hitam.

Sofia mendapatkan khidmat daripada Mak Itam, seorang pengamal ilmu hitam. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana ibu Aisyah iaitu Mak Kiah seorang yang berpegang kuat pada agama dan melawan segala sihir dengan ayat-ayat Al-Quran.

Suatu hari, Mak Itam mengetahui kelemahan Mak Kiah dan akhirnya Mak Kiah meninggal dunia juga dengan takdir Ilahi. Sofia berasa gembira dengan berita itu. Demi keselamatan Puteri Aurora, Imran dan Aisyah mengarahkan penjaga untuk membawa anaknya ke rumah ladang yang terletak di kawasan terpencil.

Kemarahan Sofia tetap membara kerana merasakan bahawa Puteri Aurora masih hidup. Selagi Puteri Aurora masih hidup, Sofia tidak boleh mewarisi harta Imran kecuali Puteri Aurora disahkan mati atau gila. Sofia mula merancang sesuatu dan ketiga-tiga penjaga Puteri Aurora mula mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatirkan keselamatan Puteri Nur Aurora.

Isk2 =( meninggal juga Mak Kiah ya. Selamat ni Mak Kiah la yang selalu menjaga keluarga Imran tu.

MP3 OST Puteri Aurora Beradu:

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Nak download cerita ni ke?Alah apa kata anda masuk jer TV3 atau TV9, downloadlah kat sana.

Apa tak reti? :[ Ye ke?Nanti saya ajar ok.

Ok..adiusa :)

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 109
Anda mungkin juga meminati:

Related Post

  • Tags: , , , , , , , , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search