Edisi: Kerja Oh Kerja
Dingin Lavenda Di Slot Zehra

Yeah, hari ni kita berjumpa lagi. Hari minggu macam ni lah boleh update blog. Kalau hari kerja, nak tengok blog pun malas. So hari minggulah boleh update blog sikit.
Oklah, kali ni nak story pasal drama terbaru di slot Zehra ni. Selepas drama Tahajjud Cinta yang sudah melabuh tirainya baru – baru ni, Slot Zehra direhatkan sekejap bagi memberi laluan kepada pertandiangan Muzik Muzik ke 26 selama 3 minggu.
So hari ni, bermulalah drama terbaru di Slot Zehra berjudul Dingin Lavenda setiap Jumaat pada jam 9 malam. Drama ini dibintangi oleh Eira Syazira, Zarina Zainordin,
Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi dan diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed.
Dingin Lavenda ini mengisahkan konflik cinta dan pengorbanan 3 wanita di Melbounre ketika melanjutkan pelajaran di sana dan akan bersiaran selama 13 minggu setiap hari Jumaat.
Oklah, berikut merupakan sinopsis drama ini. sinopsis ini dipetik daripada blog Budiey.
Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?
So kalau nak tahu kesudahan drama ini, kena la tengok macam mane. Semalam pun tengok dah, tapi disebabkan tengok kat kedai makan, jadi takleh nak menghayati sangat drama ni.
|
| Print article | This entry was posted by Ezy4u on December 10, 2011 at 12:25 am, and is filed under Drama Melayu, Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |












about 1 year ago
DL mmg best… lagu2 dia pon best…
KL@n@´s last [type] ..Tempat Menarik Di Langkawi – 2 Hari Pusing Pulau (Pt 3)