Edisi: Kerja Oh Kerja
Spontan Musim 2 Kembali Lagi

Yes, Spontan Musim Ke 2 telah pun kembali lagi di saluran Astro Warna pada minggu ni.
Spontan Musim ini menampilkan beberapa pemain baru dan permainan masih sama seperti musim pertama, mungkin akan ada perubahan.
Apa – apa pun kena layan la episode pertama musim ke 2 ni.
Tetapi kali ini, musim ini tiada lagi Din Beramboi dan untuk episode pertama, tribute untuk Allahyarham Din Beramboi setelah pemergiannya pada April 2010.
Sememangnya Din Beramboi memang sempoi dengan aksi lawak yang bersahaja dan spontan.
Di akhir siaran episode pertama, di imbas kembali kenangan pemain lain bersama Din Beramboi.
Yang terasa sekali atas pemergiaan Din Beramboi adalah Sharifah Syahirah, asyik nangis jer bila mengacarakan program tersebut.
Afdlin pun sama.
Tetapi nak buat camne, yang mati pasti meninggalkan kita yang hidup ni, Yang hidup perlu teruskan kehidupan.
Ok, kali ini, beberapa perubahan yang dilakukan oleh program spontan seperti set yang lebih ceria dengan gambar – gambar menarik.
Tak lupa juga, dulu kita ada Shom yang memainkan musik bila pemain masuk, kini kita ada bapa Adflin pula yang akan memainkan musik dengan alat musiknya.
Untuk episode kali ni, permainan yang dimainkan oleh pemain masih sama dengan permainan musim lepas.
Oklah, kepada semua, jangan lupa pulak saksikan spontan musim ke 2 ni.
|
| Print article | This entry was posted by Ezy4u on June 7, 2010 at 12:05 pm, and is filed under Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |











about 1 year ago
dulu tengok spontan kalo ade din beramboi konpem gelak smpi perut pecah..
shaffique´s last [type] ..Wanita Dipecat Kerana Terlalu Seksi
about 1 year ago
spontan 1 best sangat2.yang kedua ni macam kureng sebab xder arwah din
lizz´s last [type] ..Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah?
about 1 year ago
Hehe…ada kala Allahyarham tak menyerlah jugak…tapi ramai yang rindukan dia…nanti kena tengok gak episod satu tu..
rashid´s last [type] ..(Kongsi) Percutian Di Bulan Jun, Korang Ada Plan?
about 1 year ago
bagi aku ok jer….