![]() |
|

Dunia Baru kembali lagi. Kini dengan tajuk Dunia Baru Reunion terbitan KL Motion Pictures akan mula ditayangkan dilaman web hiburan, iaitu Gua.Com.My.
Tayangan drama ini akan di siarkan pada Isnin, Rabu dan hari Jumaat, jam bila tak pasti sebab di dalam web Gua takda pun menyebut.
Aku pun sebenarnya minat gak drama ni, aku layan Dunia Baru Season 1, 2 dan 3. Tetapi Season 3 tu kurang sikit.
Walaubagaimana pun, aku masih tetap meminati drama ni sebab ianya menceritakan tentang kisah kehidupan pelajar di Kolej.
Tu yang bestnya.
Tetapi kali ini, Dunia Baru Reunion ni mengisahkan geng – geng Opie selepas mereka tamat belajar.
Kiranya semua dah habis belajar dan bekerja.
Selain tu, Dunia Baru Reunion ni juga ada menampilakn beberapa pelakon baru seperti Tania Hudson, FIKHREE BAKAR dan ramai lagi.
Manakala pelakon yang masih dikekalkan adalah ELYANA, WAN ELLYAS, ANNE NGASRI dan ZAZLEEN ZULKIFLI.
Sinopsis drama ni pulak petikan daripada laman web Gua.
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.
Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.
Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!
Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.
Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.
So sesama lah kita tengok drama ni, best ke tak…
Jom klik sini untuk ke laman web Gua.
Heh he..
Tags: download dunia baru reunion, Dunia Baru Reunion Di Gua, dunia baru reunion online, lirik lagu dunia baru reunion, ost dunia baru reunion, pelakon dunia baru reunion, sinopsis dunia baru reunion
Search:
Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni
4 Responses for "Dunia Baru Reunion Di Gua"
Opie…u gmOk skunk…
opie da gmok but still cute…..
cite ni mmg best giler….
moga cite ini m’dpt sambutan yg m’galakkan…….
Boleh tahan cerita dunia baru tu……..
Leave a reply