Edisi: Kerja Oh Kerja
Cerekarama Sebelum Akhirat – Penuh Dengan Pengajaran

Erm, dah lama tak tulis pasal cerekarama TV3 baru-baru ni. Cerekarama terakhir yang aku tulis pun pasal Berlari Ke Belakang pada 24 April hari tu.
Kemudian, aku skip untuk drama apa entah hari tu sebab sibuk dengan konvo pada awal Mei. Hari ni jer ada masa untuk tulis entri pasal cerekarama TV3.
Sebenarnya aku pilih juga drama tu, kalau yang best, aku akan tulis review sebagai tanda aku suka dengan drama itu. Tetapi kekadang aku tulis juga sebab nak kemaskini blog setiap hari.
Oklah, drama Cerekarama Sebelum Akhirat ini penuh dengan unsur pengajaran aku rasa, jikalau dilihat dengan promo di TV3. Aku pasti cerita tersebut sarat dengan mesej yang ingin di sampaikan.
Cerekarama Sebelum Akhirat di bintangi oleh pelakon yang tidak asing lagi iaitu pasangan romantik, Fauzi Nawawi dan Lisdawati dan beberapa pelakon lain yang turut membantu.
Sebelum Akhirat ini mengisahkan Mubarak tidak mampu lagi bergerak meskipun di dalam hatinya meronta agar kembali sihat untuk menebus dosa-dosa silamnya.
Kisah dosa-dosa silamnya yang tersasar jauh daripada pegangan ugama dan tidak mengedahkan nasihat masyarakat sekeliling.
Namun, semua itu seperti jauh dari realiti. Kini, dia hanya terlantar di katil menanti saat-saat kematiannya.
Di saat kematian, muncul lelaki yang datang kepadanya atas dosa-dosa yang pernah beliau lakukan dahulu.
Erm, apakah dosa yang dilakukan oleh Mubarak sebenarnya??Jadi sama – samalah kita nantikan cerekarama ini jam 10 malam hanya di TV3.
|
| Print article | This entry was posted by Ezy4u on May 14, 2010 at 8:36 pm, and is filed under Drama Melayu, Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |











about 2 years ago
singgh disini bace en3 sambil klik nuffy-1
.-= mimi´s last blog ..BLOGSTARZ PENIPU..!! =-.
about 2 years ago
apa tajuk lagu yang penghabisan drama sebelum akhirat tu yer….. sapa penyanyi nyer…. sayu sungguh ….
about 1 year ago
apakah tajuk lagu di akhir cerita sebelum akirat n sapa nyanyi yup
about 1 year ago
saya nak sangat nyayikan zura tahu tak