Apa??? Soalan bocor temuduga SPA bagi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) bulan Mei 2010 ni. Biar betul bro???

Haha, takdalah…saja nak buat gimik bagi suspend kepada semua bakal PPTM ni, termasuklah aku.

Saja nak buat entri ni sebab takda idea nak buat entri apa.

Sebenarnya dalam kesibukan tiada idea ni, aku pun tengah pening macam mana nak hadapi temuduga SPA yang akan datang.

Bagi yang belum semak Jadual Temuduga SPA, korang boleh berbuat demikian kat sini, HERE

So aku buatlah kajian di Internet tentang temuduga SPA ni bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, dan aku terjumpalah beberapa tip dan soalan yang kemungkinan akan ditanya.

Ok, untuk makluman semua, semasa temuduga SPA nanti akan ada dua orang penemuduga yang akan tanya soalan kepada kita.


Soalan yang akan di tanya terbahagi kepada 2 iaitu Soalan Umum dan Soalan Khusus.

Soalan Umum ini selalunya berkaitan dengan isu – isu semasa yang berlaku di Malaysia dan hal – hal dalam “kain” Kerajaan. Jadi korang kena tahu la sikit sebanyak.

Soalan Umum juga boleh merangkumi soalan asas tentang SPA dan juga jawatan yang di minta.

Manakala Soalan Khusus pulak adalah soalan dalam buku teks atau nota yang kita belajar dulu…ghe ghe. Yup kebanyakan akan tanya tentang pengetahuan anda tentang sesuatu perkara yang telah korang belajar dahulu.

Jadi jangan lupa pula nak study nota – nota, assignment or amali semasa korang belajar dulu. Nanti adalah yang tanya tu.

Tu secara umum. Aku pun ada terjumpa jenis – jenis soalan yang biasa ditanya oleh penemuduga SPA. Aku senaraikan dibawah ini.

Soalan Umum

Isu Parlimen

Institusi Yang Dipertuan Agong

Bidang tugasan yang perlu dilakukan (Skp kerja kot)

Sebab pemilihan jawatan ini.

Nama – nama menteri dalam Kementerian.

Nama Perdana Menteri.

Rukum Negara, Rukum Iman, Rukum Islam.

Isu semasa.

Soalan Khusus

Jenis Rangkaian seperti LAN dan WAN.

Jenis Topologi dan perbezaan.

Firewall – apa kegunaan.

Open Soure – lebih kepada pengetahuan tentang Linux.

Jenis Browers.

Search Engine

Pengalaman membangunkan sistem

Beza PPTM dan JuruTeknik.

Ok, soalan diatas bukanlah soalan yang wajid akan keluar nanti, tetapi soalan itu semuanya diambil daripada pengalaman orang yang telah pergi interview SPA dan berjaya memegang jawatan sebagai PPTM.

Apa yang dinyatakan oleh mereka, keyakinan kita dalam bertuturan dalam menjawab soalan itu adalah penting dan sekiranya tidak tahu jawapan, cuba jujur dengan penemuduga.

Insyallah rezeki tak kan ke mana – mana.

So kepada mereka yang akan pergi interview ni, good luck ye….

p/s: aku pun sama gak ni….tak study lagi…terpaksa lah buka balik kotak buku nak cari balik nota – nota tahun lepas.. :o:

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :24052