bila musang berjanggut slot lagenda tv3, sinopsis musang berjanggut,fizo omar seksi

Bila Musang Berjanggut satu lagi drama keluaran JS Pictures di slot Lagenda mengantikan drama bersiri Siong yang tamat pada minggu lepas.

JS Pictures sememangnya sinonin dengan drama – drama yang hebat pernah dikeluarkan, antaranya Cucu Betong, Anak Betong dan banyak lagi.

Bila Musang berjanggut juga merupakan drama adaptasi daripada filem melayu lama iaitu Musang Berjanggut lakonan seniman lagenda iaitu P.Ramlee, yang telah di modemkan mengikut cita-rasa rakyat Malaysia sekarang.

Antara pelakon yang terlibat di dalam filem ini adalah, Fizo Omar, Nur Fathia, Shahrulnizam, Sheila Rusly, Mahmud Ali Bashah, Kuna, Datuk Jalaluddin Hassan, Zaibo dan ramai lagi.


Sinopsis Penuh

Bila Musang Berjanggut mengisahkan mengenai Orang Kaya Jamil yang dilakonkan oleh Shahrulnizam. Kisahnya bermula apabila bapanya Tuan Termasyhur (Datuk Jalaluddin) berpura-pura sakit tenat dengan harapan anaknya Jamil akan pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan gadis pilihannya.

Namun tanpa disangka, Tuan Termasyhur telah mengahwinkan anaknya itu dengan tiga orang wanita yang berlainan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India secara serentak. Setelah berkahwin, Jamil disahkan mandul dan mereka tidak dikurniakan anak.

Jamil yang risau dengan harta keluarganya yang akan diwarisi oleh sepupunya Mamat Trump bagaimanapun telah mengambil anak angkat yang diberi nama Ashraff yang dilakonkan oleh Fizo Omar.

Ketika umur anak angkatnya mencecah 13 tahun, Jamil telah mengambil keputusan menghantar Ashraff bersama sepupunya Romeo menyambung pelajarannya ke luar negara.

Sekembalinya Ashraff ke tanah air, Jamil mula risau sekiranya Ashraff tidak mahu berkahwin dan harta keluarga Tuan Termasyhur akan jatuh ke tangan sepupunya. Justeru itu Jamil telah berjumpa dengan Faridah Aka Ferra untuk mencari jodoh untuk anaknya.

Namun Ashraff yang berkeras hati ingin membuktikan kepada keluarganya bahawa dia akan menemui “wanita sejati” telah menemui Cempaka (Nur Fathia) dan mereka telah disatukan sebagai suami isteri. Kehadiran Cempaka dalam keluarga Ashraff telah menimbulkan pelbagai perkara yang melucukan dan kelakar.

So, sama samalah kita saksikan BilaMusang Berjanggut setiap hari Isnin hingga Khamis , jam 4.30 petang di TV3 dan ulangannya di TV9 pada jam 8.35 malam.

Pasti anda tak akan menyesalkan tengok cerita ni.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5107