mat rempit romen,mat rempit main romen,adnan sempit,download mediafire adnan sempit

Adnan Sempit merupakan sebuah filem arahan Ahmad Idham terbitan daripada Metrowealth. Ramai yang telah menyaksikan filem ini dan memberi pendapat serta pandangan masing – masing tentang filem ini.

Lain pula dengan pandangan aku tentang filem ini. Haduh, kecewalah dengan filem melayu kita. Bosanlah cerita ni, apa yang lawaknya.Kata komedi, dekat mana entah aku nak gelak. Paling kelakar pun part last sekali. Entah lah

Yup, aku tengok hanya di Youtube sahaja, nasib baik tak beli DVD filem ni. Kalau tak terbang duit aku. Mungkin anda kata, macam mana nak hasilkan filem yang baik kalau rakyat Malaysia sendiri tak menghargai filem tempatan mereka.

Yer lah, anda download free macam tu jer, pastu boleh tengok live streaming kat Youtube, macam mana depa nak dapat untung. Jadi secara tidak langsung, depa pun buat filem berdasarkan bajet yang depa ada.


Mungkin tu sebab filem Malaysia takleh nak setanding dengan filem luar negara. Betul tak??

Tapi kan, kalau beli hasil filem yang macam tu, berbaloikan anda semua rasa?? Entahlah, pendapat masing – masing. Jadi fikirlah sendiri. Nak tolong filem kita, sokonglah filem mereka dengan membeli DVD yang ori.

Berbalik kepada filem Adnan Sempit, jalan cerita simple sahaja. Cerita pasal Adnan yang bekerja di sebuah syarikat dan jatuh hati kepada bos syarikat tersebut.

Adnan ni budak miskin dan Bos dia pulak anak orang kaya. Satu hari diorang ni terpaksa menyamar menjadi couple di parti reunion bos dia sebab bos adnan takda pakwe lagi.

So diorang belakonlah, yang bos adnan ni gatal nak “mendalami” dunia per”filem”an mat rempit ni, so masing – masing pun berlakon dan men”dalami” dunia masing – masing.

Last sekali, dua – dua jatuh cinta, tapi sebabkan adnan ni mat rempit, diorang gaduh. entahlah pastu cerita meleret macam tu jer…haha…tengok la sendiri.

Boleh download kat internet, banyak dah link – link download. Kalau malas sangat, search kat Youtube.

Sinopsis Penuh:

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia  dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu  tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita  yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak  dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan  berlalu pergi.

So, bergantung pada penilaian masing-masing, bagi aku tak lawak dan membosankan, bagi orang lain , mestilah berlainan dengan aku.

p/s: huhu cerita ni dah lawa la orang heboh, maklumlah aku mane pergi pawagan, hanya tengok di Youtube dan download sahaja. tu la lambat sikit. lagi pun aku tak da idea nak tulis entry ape hari ni… :)

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :4588