Edisi: Kerja Oh Kerja
Jidin Drama Aksi Persahabatan 2 Makhluk

Rasanya belum terlambat lagi untuk bercerita tentang drama aksi terbaru di TV3. Drama aksi Jidin yang baru ditayangkan pada Isnin minggu lepas selepas tamatnya drama aksi “Kapten Kit”.
Sebenarnya aku terberapa minat sangatlah dengan cerita di Slot Aksi TV3, mengarut saja dan tak bestlah nak follow pun. Ini tulis pun sebab nak sharing dengan sesiapa yang minat cerita Jidin ni and cari trafik..
Kalu citer aksi macam rempit tu okelah juga, best sikit nak follow. Apa – apa pun masing – masing ada cita rasa tersendiri, jadi terletak di tangan anda.
Sinopsis:
Mengisahkan seorang/seekor makhluk asing iaitu Jidin yang bergaduh dan berselisih fahaman dan pendapat dengan Antar (Fauzi Nawawi) di Planet Cyrius B.
Akibat pertengkaran itu, Jidin mengambil keputusan untuk meninggalkan planet tersebut.
Namun, kapal angkasa yang dinaiki oleh Jidin menghadapi masalah teknikal lalu terdampar di bumi.
Semasa berada di bumi, Jidin mula mengekori Fendi. Fendi merupakan seorang pelajar kolej yang sering kali menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya.
Berkawan dengan Jidin, Fendi mula menampakkan perubahan. Mak Intan juga melihat akan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu apabila sering bercakap sendiri.
Kegembiraan persahabatan Jidin dan Fendi mula terganggu apabila Antar dan Dazur (Bell Ngasri) turun ke bumi untuk membawa pulang Jidin ke Planet Cyrius B.
Hurm, dah boleh agak dah cerita macam ni , apa – apa pun tahniah kepada pengarah drama ni, berani tampil untuk buat cerita aksi 3D ni. Susah nak cari macam tu.
Cuma kalu boleh, buat lah cerita aksi macam Knight Rider ke, mesti meletop punya, tak pun buat macam Terminator Sarah …(apa entah tajuk dia).
Pelakon yang terlibat dalam drama aksi ini adalah Didie Alias, Fauzi Nawawi, Kazar, Bell Ngasri, Tam, Noorkhiriah, Zahiril, Amanda Misbun dan Shafie Naswip.
Walau bagaimana pun, layan jer lah sebelum menunggu cerita Terjah Abang Nas..hoho
|
| Print article | This entry was posted by Ezy4u on March 8, 2010 at 9:07 pm, and is filed under Drama Melayu, Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |











about 2 years ago
waa..
cm best je..hahaha
about 2 years ago
best ke???dah tgk ke?
about 2 years ago
masih tak sempat nak layan citer tu, remote control ada kuasa lain yg pegang..huhu
.-= etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed =-.
about 2 years ago
haha…borink la…entah la
about 2 years ago
bez..
lawak glak…
binatang ape yg lalu td???
huhuhu….
cmne nk nek bskal???
about 2 years ago
wei camne nak tengok jidin kat internet x daPAT La ? kne gi youtube ker………….