Masih releven lagi ke pakai Advertlets ni?Apa pendapat kalian blogger??Adakah Advertlets dah ketinggalan zaman sebab dah banyak syarikat pengiklanan yang tubuh bagaikan payung cendawan di Malaysia ni??

Kalau kita tengok, pesaing bagi Advertlets, adalah Nuffnang dan Innity. Masing – masing mempunyai keunikan dan kelebihan daripada Advertlets. Jadi adakah Advertlets masih lagi relevan untuk dipasang di blog kita??

Apa pendapat kalian?? 8)

Pada pendapat akulah, setelah aku menyertai Advertlets pada tahun 2007, aku telah meletak iklan – iklan Advertlets pada laman website aku, pada ketika itu masih belum ada blog lagi dan trafik pun tak banyak.

Sehinggalah hujung tahun 2008, aku telah mencapai had minima untuk cashout duit sebanyak RM100. Yup aku mengambil masa setahun setengah untuk mendapatkan RM100. Penantian itu suatu penyeksaan kepada aku.

Kemudian, mula timbul masalah dengan Advertlets ni sebab payment yang ditunggu setelah dua bulan tidak kunjung tiba. memang lama gila la. Sudah aku email dan pelbagai cara aku dah buat.

Pada tahun 2008 – 2009, payment masih tak sampai, aku masih mendiamkan diri sebab aku masih lagi belajar. Aku nak fokuskan kepada pelajaran. Dan sehinggalah hujung tahun 2009, aku dah mula geram.

Sehinggalah aku kutuk pasal Advertlets sebab tak puas hati dengan cara pengurusan pihak ni?. Banyak entry yang telah aku tulis pasal Advertlets ni, korang boleh gali cari kalu nak baca, dan sehinggalah aku mendapat email maklum balas dan komen daripada pihak mereka.

Aik?takkanlah baru nak bertindak bila aku tulis entry pasal keburukan mereka ni??Takkanlah selama setahun ni, masalah aku terlepas pandang oleh mereka??

Dan akhirnya masalah aku telah didengari dan aku pun telah pun menerima payment daripada mereka dengan beberapa rebet sebagai tanda kemaafan daripada kesilapan mereka.

Jadi bila mereka buat macam tu, adakah aku masih perlu meletak iklan mereka di semua blog aku??Aku pun berfikir, perlu ke?? Nanti kalu aku letak, bila dah cukup min. cashout, nanti masalah ini akan terjadi lagi. Rugilah aku, banyak masa yang akan dikorbankan.

Tapi, sifat tamak duit tu ada dalam diri ni, nak jugak duit dari Advertlets tu, jadi aku pun letaklah iklan Advertlets walaupun aku tahu akibatnya. Diri ini jenis memang tak serik-serik bila diperlakukan sebegitu sebelum ni.

Tetapi semenjak aku letak iklan daripada Advertlets ni, hati ku mula tertarik dengan kepalsuan Advertlets ni, yup hasil daripada Advertlets lebih baik daripada Nuffnang.

Hasil yang aku dapat setiap hari dengan Advertlets lebih baik berbanding dengan Nuffnang. Setiap hari aku akan dapat dalam purata 80sen hingga 90sen dengan Adtvertlets.

Tidak seperti Nuffnang, hanya 25sen setiap kali CLICK, berbanding Advertlets yang tak perlu di klik langsung, tetapi dapat juga hasilnya.Itu pun kalu korang status geli geli.

Tidak dinafikkan Nuffnang ada Buffered Earning, tetapi nak dapatkannya adalah sangat susah.

Jadi disebabkan oleh hal inilah, aku merasakan Advertlets masih lagi releven untuk mengantung iklan mereka.

Dan sekarang iklan Advertlets dah pun keluar, dulu aku rasa susah sangat nak keluar,asyik keluar gambar yang tak menarik langsung.

Oklah, itu hanya pendapat aku, mungkin anda semua ada pendapat lain, nak komen ke??nak bagi nasihat kat aku ker??apa sahaja bolehlah komen dibawah ini.

p/s:Hoho Innity memang tak boleh dibandingkan dengan Advertlets dan juga Nuffnang.

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 1514 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , , , , , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search