Erm, kisah ini bermula ketika aku masih lagi di tingkatan menengah, aku pun dah lupa di tingkatan berapa, sebab kisah yang paling menyeramkan dalam hidup aku aku ingin luputkan dalam benak fikiran ku.

Dari kecil lagi aku dah kematian ayah, hanya ibuku sahaja yang menjaga aku tiga orang adik beradik.Ramai orang berkata, kenapa ibuku tak mahu kahwin lagi selepas ayahku meninggal dunia?

Ibuku tidak mahu, kerana ibuku memegang amanah dari ayahku untuk membesarkan anak-anaknya. Jadi ibu ku pegang janji-janji dia.Tetapi dalam proses ibu ku nak besarkan kami adik beradik, bermacam – macam benda aneh yang berlaku di dalam keluarga ku.

Selepas kematian ayahku, keluarga aku mula di ganggu sesuatu, kakak ku turut merasakan gangguan itu dan memberitahu kepada ibuku tentang gangguan itu.Katanya ada satu lembaga hitam di dalam bilik air.

Pada masa itu, aku masih kecil dan tak tahu pun apa benda. Tetapi aku masih ingat apa yang berlaku. Dan lama kelamaan,benda itu mula melarat, kini adik aku yang bongso telah berubah, dari yang ceria menjadi ganas.

Dia selalu mengamuk dan panas baran, sebelum ini dia tak pun menjadi macam tu. Ini mungkin ganggu daripada benda tersebut dan sehinggalah ibu ku tak tahan, kami sekeluarga berpindah ke kampung halaman nenek ku.

Di situ, nenek ku dah dapat tahu, ada sesuatu yang cuba mengganggu keluarga aku. Nenekku mempunyai sedikit ilmu tentang perkara-perkara macam ni.

Bila adik aku meracau atau dirasuk, nenekku akan ambik beras, kunyit dan garam(tak ingat, tapi sama macam dalam cerita Santau dan cerita seram dalam Malaysia ni), nenekku baca ayat-ayat Al-Quran  dan lempar kepada adik aku untuk melemahkan dia.

Lepas itu, adikku dan tak meracau lagi.Semenjak kami berpindah ke rumah nenek aku, dan ada ketika ibuku kembali juga menjenguk rumah ayahku sekali sekala.

Ada ketika itu, ketika ibuku balik melihat rumah ayah ku, ketika ibuku membuka pintu rumah,ibu ku terkejut melihat ular tedung besar, warna hitam dan sedang merenung tajam ke arah ibuku.

Ibuku tersentak dan ibuku dengan kekuatan yang ada ibuku melaung kepada ular itu. “Aku tahu engkau siapa, pergi,pergi jangan engkau datang ke mari lagi”.Lantas selepas ibu ku cakap macam tu, ular tersebut pun berlalu pergi, ketika itulah ibuk cakap, seperti bergegar bumi itu ketika ular tersebut pergi.

Ibuku menceritakan kepada nenekku, dan nenekku cakap itu adalah Jin yang dihantar oleh orang yang dengki dengan keluarga ku.Pelbagai cara telah keluarga aku lakukan untuk menghalang benda itu terus mengganggu keluarga aku.

Sampaikan nenek aku sendiri pun di ganggu. Yup nenek aku pernah cakap, siapa yang berurusan atau menolong orang membuang benda yang diganggu, benda itu akan datang balik kepada si pengubat itu.

Hanya si pengubat yang mempunyai tenaga batin yang kuat dan ilmu yang tinggi sahaja dapat melawan benda tersebut. Nenekku tidak sehebat mana pun cuma nenekku boleh merasakan dan bolehlah melemahkan benda itu, tetapi untuk menbuang atau menghalang benda itu, nenek ku suruh berjumpa orang yang lebih arif.

Dan pada satu ketika, ketika aku di sekolah menangah, ketika aku tengah mengulangkaji pelajaran, tetiba kedengaran nenekku bising dan ahli keluarga ku yang lain bising, aku keluarlah dari bilik untuk melihat apa yang terjadi, rupa-rupanya nenek ku dengan menari Mok Yong.

Fuuhh, seram sejuk aku dibuatnya, aku pun terus ambik air sembahyang dan membaca Yassin supaya nenekku tidak dirasuk. Seketika mak cik saudara ku datang dan melihat keadaan tersebut.

Kemudian mak cik aku pun menerkin nenekku dan suruh nenekku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan nenek aku pun kembali normal, dan aku pun berhenti membaca Yassin.

Rupa-rupanya nenekku sudah memesan kepada mak cik aku sekiranya berlaku benda macam ini, mak cik aku harup menerkin nenek ku dan melaung namaya.

Rupa-rupanya nenekku sudah tahu benda ini akan berlaku.

Fuhh seram sejok dibuatnya aku.

Itulah perkara yang menyeramkan dalam hidup aku dan merupakan pengalaman aku untuk terus menjadi dewasa.Walaupun keluarga aku masih terus dikacau sehinggalah aku di IPT,aku tetap bersabar.

Walaupun pelbagai cara yang telah keluarga aku buat untuk menghalang benda itu terus mengacau aku. tetapi tidak berjaya. Ini mungkin dugaan dan ujian daripada Allah kepada hambanya.

Ibuku selalu berpesan, solat jangan tinggal dan jangan lupa mengaji Al-Quran kerana benda – benda ini tidak akan dapat masuk kedalam diri kita selagi amalan solat dan mengaji menjadi pendinding kepada diri kita.

Ibu aku juga selalu berpesan, selepas solat, berdoalah supaya penyakit dan bala yang menimpa keluarga kita ini supaya Allah angkat penyakit ini, dan kembalikan kepada tuannya yang cuba merosakan keluarga kita.

Walaupun kehidupan aku tak sama macam rakan-rakanku yang lain, tetapi aku bersyukur kerana mempunyai ibu yang cekap. Dan alhamdullilah sebab semua gangguan itu sudah beransur pulih dan tidak ada lagi, selepas ibuku menunaikan haji tahun lepas.Syukur.

Okelah, inilah pengalaman sebenar aku yang menyeramkan aku ketika adik aku di rasuk dan nenek ku di rasuk Mok Yong. Lembik lutut aku masa tu.

Dan ini merupakan contest anjuran Gengblogger.com dengan menceritakan pengalaman seram yang pernah anda lalui.

Hadiahnya cukup menarik untuk dimenangi antaranya, Domain percuma selama 2 tahun, best kan…cool tu.Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati website Gengblogger.

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 685 - Kalau anda suka cerita ini, klik button ini Thanks!

Related Post

  • Naik Trafik anda & Janakan Wang
  • Tags: , , ,

    Search:
    Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni

    Custom Search