![]() |
|
Satu lagi drama seram di TV3 iaitu Penunggu Gunung Raya yang bakal menemui penonton setia TV3 selepas cerita “Jangan Tegur Lagi, ada bran tengok?” yang tamat minggu lepas. Walaupun ending cerita Jangan Tegur Lagi macam biasa, oklah tu.
Berbalik kepada drama seram terbaru, yang mengisi slot seram di TV3 yang akan mula disiarkan esok, aku tengok iklan yang dimainkan di kaca tv pun aku dah seram.
Ini mesti kisah kanak-kanak nakal ni yang bermain di gunung dan membuat kacau atau menganggu penghuni ghaib di sana.Pastu bila mereka dah besar panjang, benda tu mula la kacau or ganggu mereka.
Tengok iklan tu pun dah menjadikan aku tak sabar nak tunggu esok, dimana bila buka sahaja pintu kereta, boleh tetiba keluar pucong. Mak oi, seram aku cerita macam ni.
Pastu hantu dalam cerita ini macam dan semakin “cun”, mengerikan…hehe…
Antara pelakon yang turut terlibat dalam drama ini adalah Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous, Sahee. D, Rosli Sako, Rahhim Omar, Ibu Aida, Atta Imran dan ramai lagi.
Apa-apa pun kita kena tengok hari khamis ini jam 9.30 malam yang bersiaran selama 13 episode, untuk tahu sejauh mana keseraman cerita ini.
Untuk sinopsis cerita ini, aku copy dan paste kat bawah ni.
Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.
Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.
Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.
Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.
Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya.
Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.
Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.
Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya.
Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya.
Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).
Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati.
Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.
Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.
Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.
Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan.
Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?
Tags: artis malaysia, drama seram, jangan tegur lagi, pelakon penunggu gunung raya, penunggu, penunggu bukit, penunggu gunung, penunggu gunung raya, penunggu gunung raya online, penunggu gunung raya tv3, slot seram
Search:
Cari lagu/mp3/lirik lagu/gambar/vclip/sinopsis/tip yang anda kehendaki dibawah ni
20 Responses for "Penunggu Gunung Raya Menyeramkan"
takut gak ye cite hantu ni
saye nak terkencing la sebabbb takuttt
dah mula dah com tengok
silap sebab takut jom pun jadi takut
ehhh takut balik lah
jom adi com hHAHAHAHAHAHAHAHHH EH HANTUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUULARI
HANTU TU BAGI LA YANG RELY HANTU MALAYA TAU TAPI SAYE TAKUT LA
haha…xpayah la komen banyak2…skali sudah…kan dah ckp…memang seram kan…huhuhu…
tapi ni drama dr FilmScape ni….pengarah Nur Kasih Kabir Bahtia pun ada…pastu la takut.
Selepas Tower 13, cerita ni pulak keluar…
best cite seram nie!!!
pelakon kanak2 yg jd dayak 2 encem la
x rse tkut pun !!!
haha…ye ke…mesti rasa takut jap lagi ni
npe gmbr dayak (atta imran) x de dlam .dah la cute ensem plak 2.sya arap gmbr dayak dsairkan slpas ini.
entah, sapa dayak tu???
dah lama tak tengok citer ni…seram gak…hehe
atta imran 2 encem arr…baru form 3 dowh…
atta milikku…hu..hu..hu..
SAYA SUKA TONTON CERITA SERAM INI SB ADEW PELAKON YG BERNAMA ATTA IMRAN SB DIA CGT N’CEM N I LOVE HIM VERY MUCH.KALO BLH SY3 NAK COUPLE NGAN DIA KALO X LEH GAK X PEW TP SY3 NAK NO TEPON DIA…………………………………N’CEMNYA DIA……………
I LOVE ATTA IMRAN SO MUCH……………………………………….
sy suke tngok citre niey, sbb cite niey seram…
a’salam
wsalam…
memang menyeramkan pun cerita ni…..time tgk dgn member mesti tutup mata bila hantu dia keluar……ingat lagi lagunya……pat pat si kulipat siapa cepat dia dapat…..
Leave a reply