Ezy4u (dot) Org
Edisi: Kerja Oh Kerja
Edisi: Kerja Oh Kerja
Apr 1st

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari ni kita berjumpa lagi pada pagi Ahad yang indah ini. Akhirnya berjaya juga aku untuk mengupdate blog ni pada hujung minggu ni. Hari ni pun sudah masuk 1 April dan aku merasakan begitu cepat masa berlalu tahun ni.
Oklah hari ni nak berkongsi sedikit dengan reader tentang lagu tema di dalam drama terbaru di slot Akasia iaitu drama bertajuk Cinta Buat Emelda.
Telah pun bersiaran sebanyak 4 episode dan rasanya ramai sudah mula berminat untuk mengikuti drama adaptasi daripada novel ni.
Pada hari ni aku akan senaraikan lagu – lagu tema drama ini yang sempat aku “tangkap” untuk tatapan anda semua.
Number of View :3793Mar 31st
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Ahhh…sudah lama tak berblog ni…rindu juga hati ni nak berblog…tapi sejak bekerja ni, rasanya takda moodlah nak berblog dan blog walking…
kalau dulu rajinlah jugak update blog dengan blog walking ke blog orang lain. baca info – info menarik tapi semenjak Geng Blogger dah takda, rasanya sudah takda tempat untuk mencari blog-blog tempatan untuk dibaca.
Time nak update blog mesti rasa takda mood dengan takda idea nak tulis apa. Ingatkan bolehlah tulis benda yang berguna untuk pengunjung blog tapi aku sudah tiada idea yang ingin dikongsikan.
Sudah terlalu lama otak aku tidak diasah dengan gaya penulisan yang menarik, selama duk kerja ni duk hantar email dan bercakap dengan orang atasan sahaja, kerja – kerja surat menyurat suruh orang bawah tulis, tu pasallah otak ni dah tumpul macam pensil yang sudah lama tidak diasah dengan pengorek pensil.
Tapi di pagi yang sunyi ni, takala housemate aku tengah dibuai impian indah, aku cuba usahkan untuk menulis blog aku agar blog ini tidaklah menjadi sarang labah-labah lagi, yer lah tiap-tiap tahun bayar hosting dengan domain, taklah la dibiarkan macam itu sahaja, kenalah ada pengisian juga.
Number of View :401Dec 24th

Dekat dua minggu juga tak update blog ni. Dah bersarang dengan labah2 dah. Hari ni baru berpeluang nak update blog tu sebab ada bahan yang ingin dikongsikan.
Tambahan lagi besok cuti panjang, jadi minggu ni memang cuti panjang jawabnya. Oklah macam biasa bahan kali ini adalah cerekarama TV3 yang akan bersiaran pada malam ini.
Drama bertajuk Ajaibnya Cinta merupakan sebuah telefilem yang diarahkan oleh pengarah drama popular iaitu Erma Fatima. Siapa tak kenal akak Erma Fatima ni, kalau buat drama mesti meletup punya.
Kisah cerekarama kali ini adalah mengisahkan gelagat perempuan berusia (janda beranak satu) apabila bercinta dengan orang muda atau istilah yang digunakan generasi muda, “anak ikan”.
Komen Terakhir